CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia kembali melonjak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa bursa saham catat peningkatan harga selepas prestasi lemah awal minggu\rPASARAN saham Asia meningkat semalam apabila peniaga memasuki semula pasaran selepas dua prestasi lemah pada permulaan minggu ini, dengan pasaran Tokyo kembali melonjak berikutan penurunan nilai yen dan keputusan kewangan kukuh dicatatkan gergasi komputer, Dell.\r\n\n\n\n\r  Harapan untuk menamatkan krisis hutang Eropah meningkatkan nilai mata wang euro walaupun walaupun masih ada kebimbangan rundingan mungkin terjejas oleh penangkapan Ketua pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn kerana tuduhan serangan seksual di Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n  Bursa Saham Tokyo ditutup tinggi pada 0.99 peratus, atau 95.06 mata kepada 9,662.08 semalam.\rHong Kong mencatatkan pertambahan  0.48 peratus atau 110.06 mata kepada 23,011.14 dan Shanghai ditutup lebih tinggi 0.70 peratus, atau 20 mata kepada 2,872.77.\rSeoul pula meraih 1.59 peratus, atau 33.37 mata kepada 2,135.78.\rSaham Sydney melonjak 0.21 peratus, atau 9.8 peratus kepada 4,693.7 tetapi berdepan dengan tekanan kelewatan jualan balik selepas Moody menurunkan penarafan kredit bagi bank bank keempat terbesar di Australia, susulan pasaran pinjaman global yang tidak menentu.  \r\n\n\n\n\rSaham teknologi di Jepun meningkat selepas syarikat Dell di Amerika Syarikat mengumumkan keuntungan bersihnya meningkat hampir tiga kali ganda kepada AS$945 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini dan menjangkakan ia akan mencatatkan pertumbuhan pendapatan bagi suku berikutnya.\rPeniaga juga diberikan dorongan selepas laporan menyatakan pengeluar cip, Renesas telah membentangkan rancangannya untuk mengembalikan pengeluarannya selepas tragedi gempa bumi di Tokyo kepada sedia kala Oktober ini, lebih awal daripada disasarkan sebelum ini.\r“Keputusan kewangan luar biasa yang dicatatkan Dell berjaya menghapuskan kebimbangan dikalangan  pelabur bahawa perbelanjaan pengguna semakin merudum di peringkat global, khususnya selepas kejadian bencana 11 Mac lalu di Tokyo,” kata Ketua Strategi kabu.com Securities, Tatsunori Kawai kepada Dow Jones.\rSaham Nikkei juga didorong mata wang yen yang lemah dengan harapan krisis hutang Eropah akan dapat diselesaikan selepas operasi menyelamat 78 bilion euro bagi Portugal telah ditandatangani dan perbincangan berterusan bagi membantu Greece.\rEuro meningkat kepada $1.4275 dalam dagangan Tokyo, meningkat daripada $1.4234 di New York kelmarin.\rDolar jatuh berbanding mata wang yen kepada 81.08 yen daripada 81.36 yen.\rWalaupun, yen meningkat pada tengah hari semalam namun ia masih rendah berbanding minggu sebelum ini.\r“Pemacu lebih ketara kepada peningkatan mata wang lain adalah kelemahan dolar Amerika Syarikat,” kata National Australia Bank dalam satu laporan.\rDi pasaran lain, saham Singapura ditutup 0.15 peratus, atau 4.73 mata, lebih tinggi pada 3,141.21.\rOversea-Chinese Banking Corp meraih 0.75 peratus kepada Sg$9.46 dan SingTel  susut 1.26 peratus kepada Sg$3.13.\rTaipei mencatat meningkat 0.68 peratus, atau 60.75 mata kepada 8,944.84.\rSaham Manila ditutup pada 0.98 peratus, atau 41.71 mata, lebih tinggi pada 4,303.31.\rWellington ditutup pada 1.50 mata, kepada 3,559.55.\rJakarta meraih 1.08 peratus, atau 40.98 mata, kepada 3,840.20. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.393228 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list