View: 106|Reply: 0
|
Dana RM150j dilancar bantu usahawan teknologi
[Copy link]
|
|
MALAYSIAN Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Perkembangan Perniagaan (BGF) bernilai RM150 juta bagi membantu usahawan teknologi tempatan yang berjaya mengkomersialkan produk yang berteknologi tinggi mengembangkan perniagaan mereka.\rDana yang dilancarkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam itu adalah antara inisiatif kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi membolehkan usahawan teknologi tempatan bersaing di peringkat global.\r\n\n\n\n\r Ahmad Husni berkata, BGF adalah sokongan susulan kepada penerima dana yang diberikan kerajaan sebelum ini yang sudah pun berjaya mendapatkan pengesahan pasaran serta menerima sambutan menggalakkan bagi produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berharap BGF yang disediakan MTDC ini dapat terus membantu meningkatkan lagi tahap komersial syarikat teknologi tempatan,” katanya pada majlis pelancaran itu di Putrajaya, semalam.\rHadir sama, Ketua Setiausaha Pengarah Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengerusi MTDC, Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail dan Ketua Eksekutif MTDC, Norhalim Yunus.\rPada awal Mac lalu, MTDC memperkenalkan Dana Permulaan Perniagaan (BSF) berjumlah RM100 juta yang dilancarkan Perdana Menteri bagi memberi sokongan kepada syarikat teknologi yang baru mengukuhkan operasi mereka bagi menjana pendapatan lebih tinggi.\rSementara itu, Norhalim berkata, objektif BGF adalah untuk membantu mempercepatkan perkembangan perniagaan usahawan tempatan yang berteknologi tinggi dengan menyediakan dana kepada mereka yang memenuhi syarat tertentu.\r\n\n\n\n\rKatanya, ada 10 syarikat yang pernah menerima geran diuruskan MTDC sebelum ini dikenal pasti layak menerima dana berkenaan dan pihaknya menyasarkan menyalur RM100 juta daripada jumlah dana itu tahun ini dengan yang pertama dijangka diluluskan Jun ini.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|