CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

Hujan bakar semangat pelajar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Ikon TV9, band indie bakal hibur peminat di Pavilion, hari iniREPERTOIRE Hujan tidak perlu dipertikaikan lagi. Dalam tempoh lima tahun memperjuangkan genre rock alternatif di arena muzik arus perdana, kumpulan ini sudah menjadi satu jenama, malah keunikan mereka membawa anggotanya menjelajah hingga ke United Kingdom.\rMerintis laluan bersama dua single yang masih menjadi siulan ramai, Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada, satu persatu kejayaan diraih membuatkan mereka dianggap antara band muda yang boleh dijadikan contoh kepada kumpulan muzik baru.\r\n\n\n\n\rTidak hairan apabila TV9 turut melihat keterampilan Hujan baik dari segi pencapaian mahu pun kredibiliti mereka dalam dunia hiburan dengan memilih band yang dibarisi Noh Salleh selaku vokalis, Hang Dimas Santoso (keyboard), Izzat Uzaini (bes) dan AG Coco (gitar) sebagai ikon stesen televisyen itu.\r\r\n\n\n\n\nSelain kumpulan terbabit, Aizat selaku penyanyi solo turut bersama Hujan memberi pengisian dalam program Ekspresi Remaja di beberapa pusat pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerusi hiburan serta berkongsi pengetahuan dalam muzik.\rDimas berkata, mereka berbesar hati dapat bersama TV9 mendekati golongan muda, khususnya penuntut universiti yang memberi peluang mereka mengekpresi diri secara kreatif, menjana idea segar, meningkatkan keyakinan diri seterusnya menonjolkan bakat muzik.\r“Sebagai pemuzik, kami hanya mampu mencurahkan pengalaman selain menyuntik semangat mereka supaya berani menonjolkan bakat. Sebenarnya pemilihan sebagai ikon ini juga satu penghargaan buat Hujan sekali gus menandakan kepercayaan ramai terhadap kemampuan kami.\r“Program Ekspresi Remaja pertama di MSU, Shah Alam yang juga diadakan bersempena ulang tahun ke lima TV9 mampu meraih perhatian kira-kira 2,000 penonton hingga membakar semangat kami untuk terus berkongsi aspirasi dengan remaja lain,” katanya yang ditemani Izzat ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rAcara yang julung kali diadakan itu bakal membawa mereka menjelajah IPT di seluruh tanah air dan destinasi yang berada dalam senarai ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).\rUlas Dimas lagi, mereka akan berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam industri seni kerana bukan perkara yang manis saja ditempuhi sepanjang tempoh terbabit, selain memberikan tips menghasilkan melodi dan lirik untuk diketengahkan.\rKata pemuzik ini, uniknya konsert berkenaan apabila penonton dikenakan bayaran sebanyak RM5 sekali gus lari daripada menyogokkan masyarakat daripada kebiasaan budaya hiburan percuma. Namun sambutannya di luar dugaan apabila dewan sesak dengan penonton.\r“Itulah antara keistimewaan Ekspresi Remaja apabila mengenakan bayaran walaupun jumlahnya serendah RM5 kerana ia mendidik kita lebih menghargai sesuatu perkara. Kami difahamkan TV9 juga menyumbangkan semula jumlah pungutan tiket kepada pihak universiti.\r“Antara pengisian lain adalah menggabungkan kegiatan harian selaku penuntut IPT dengan mengutamakan aktiviti dengan program terbaru yang bersesuaian kecenderungan anak muda seperti Remaja Ekstrem,” katanya lagi yang mengakui tidak sabar bertemu peminat di Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.\rMenyentuh mengenai persembahan percuma di pusat beli belah di Bukit Bintang itu, mereka akan berkongsi pentas berkonsepkan ‘sesi jamming’ bersama Aizat, Pesawat, Awan Band, Gabba Gabba!, Drama dan Grey Sky Morning bersempena ulang tahun ke lima TV9.\rSekali pun sibuk dengan perniagaan cenderamata menggunakan nama Hujan dan kini melebarkan sayap bersama jenama Morning Rocket, barisan anak muda itu bersama vokalisnya, Noh, masih rancak beraksi di pentas selain mempromosikan album baru, Lonely Soldier Boy yang diedarkan November lalu.\r“Syukur segala-galanya berjalan lancar. Perniagaan barangan premium hujan juga mendapat sambutan menggalakkan, malah peminat boleh mendapatkannya secara online atau datang ke premis kami di Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.087312 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list