CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Bendung gejala penyelewengan umrah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Jemaah perlu prihatin, tak  terpengaruh pakej murah syarikat pengelolaIBADAH umrah yang menghimpun pelbagai rahsia dan hikmat adalah ibadah yang dituntut ke atas umat Islam. Seperti ibadah haji, umrah melatih umat Islam bersatu dalam meningkatkan syiar Islam dan berganding bahu menegakkan agama Allah biarpun dibatasi perbezaan bangsa, bahasa, adat resam dan kebudayaan.\rUmrah bermaksud ziarah atau menuju ke tempat yang makmur, pada bila-bila masa. Pengertian umrah mengikut syarak ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah iaitu tawaf dan sai’e menurut syarat wajibnya.\r\n\n\n\n\r  Sesetengah ulama berpendapat ibadah umrah adalah sunat, namun ulama Mazhab Syafi’e dan Hanbali menyatakan ia wajib berdasarkan dalil al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 196) \r\r\n\n\n\n\n  Bersandarkan ayat itu, hukum melaksanakan umrah adalah wajib sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan kerana ibadah haji dan umrah wajib disempurnakan  bersama.\rMenyedari kepentingan tuntutan menunaikan umrah dan kesedaran umat Islam terhadap ibadah ini yang semakin meningkat, pelbagai pakej umrah ditawarkan  agensi pengelola umrah. Bukan itu saja, kecenderungan terhadap perniagaan pengendalian umrah juga semakin meningkat lantaran potensinya menghasilkan pulangan lumayan.\rApatah lagi pakej umrah amat mudah dijual dengan pelbagai medium pengiklanan kepada golongan sasaran dan harga mampu beli yang ditawarkan. Perkembangan terhadap industri pengelolaan umrah juga didorong oleh peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat Islam negara ini. \rBerdasarkan statistik dikeluarkan Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia, jumlah jemaah umrah negara ini sentiasa meningkat dengan purata peningkatan sebanyak 10,000 orang jemaah setahun sejak 2006 hingga 2010. \r\n\n\n\n\rSenario peningkatan itu dari satu sudut dilihat sebagai perkembangan positif terhadap industri pengelolaan umrah di negara ini. Bagaimanapun, peningkatan itu telah mewujudkan masalah lain pula iaitu meningkatnya kes penyelewengan oleh agensi pengelola yang tidak bertanggungjawab.\rLebih menyedihkan, jika diteliti satu persatu kes  diadukan, ada mangsa penyelewengan terdiri daripada golongan warga emas di kawasan luar bandar. Mungkin ada antara mereka belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun hasrat berbuat demikian terhalang disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu.     \rKajian Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) terhadap kes penyelewengan pengelolaan umrah yang dilaporkan mendapati banyak berlaku ketidakpuasan hati jemaah umrah seperti kegagalan syarikat pengelola mengurus  perjalanan umrah jemaah.\rKegagalan menyediakan kemudahan seperti dijanjikan, perubahan jadual perjalanan pada  saat akhir, masalah pengurusan pengangkutan jemaah, jarak hotel dengan Masjidil Haram tidak seperti diiklankan dan perkhidmatan mutawwif yang tidak cekap di Tanah Suci.  \rSelain itu, kes penyelewengan lazimnya dilakukan syarikat yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan peraturan Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji Arab Saudi.\rPunca berlakunya penyelewengan oleh syarikat pengelola umrah antaranya jemaah tidak prihatin terhadap peraturan semasa kerajaan khususnya masyarakat luar bandar. Natijahnya, mereka mudah terpengaruh dengan tawaran harga pakej umrah murah yang ada kalanya memang tidak munasabah berbanding harga kebanyakan syarikat lain. \rBagaimanapun, adalah tidak adil jika aspek itu dijadikan asas terhadap permasalahan ini semata-mata kerana jelas berlaku juga perkhidmatan yang disediakan di Tanah Suci tidak seperti dijanjikan sehingga mengabaikan kebajikan jemaah.   \rLangkah bagi menyampaikan maklumat mengenai peraturan dalam pengelolaan aktiviti umrah kepada bakal jemaah umrah hendaklah dipergiatkan bagi mengelakkan jemaah umrah terus menjadi mangsa penyelewengan syarikat atau individu tidak bertanggungjawab. \rIa juga penting bagi meningkatkan kualiti penyampaian dan tadbir urus perkhidmatan umrah demi kebaikan masyarakat Islam keseluruhannya. \rJusteru, penurunan kuasa penguatkuasaan urusan umrah kepada JAWHAR oleh Menteri Pelancongan Malaysia pada 2010 adalah salah satu inisiatif kerajaan membendung gejala penyelewengan umrah di negara ini. \rPenurunan kuasa mengikut Seksyen 40, Akta Industri Pelancongan 1992 memperuntukkan pegawai JAWHAR yang dilantik sebagai pegawai diberi kuasa boleh menyiasat dan memeriksa saksi berdasarkan peruntukan Seksyen 41 dan Seksyen 42, Akta Industri Pelancongan 1992. \rMelalui penurunan kuasa sebegini, langkah kerajaan membasmi penyelewengan pengurusan hal ehwal umrah akan diperhebatkan lagi bagi mencapai objektif itu.\rSeminar Pemantapan Pengurusan Umrah 1432H/2011M yang akan diadakan pada 25 Mei ini diharap dapat menambah baik sistem pengurusan umrah di negara ini.   Seminar  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini akan menghimpunkan syarikat pengelola umrah, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Polis Diraja Malaysia. \rDiharapkan gabungan idea melalui kombinasi pelbagai agensi akan menghasilkan resolusi dan sumbangan   ke arah meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan umrah negara ini.\rPenulis ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.209508 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list