CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Kenaikan harga gula: Bantu FELDA atau rakyat?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DAP kesal terhadap Kerajaan BN yang lebih cenderung membantu FELDA dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta pada tahun 2010 berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.  Keuntungan yang diperolehi oleh FELDA dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd. Untuk pertama kalinya, Felda Land Development Authority (FELDA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan badan berkanun yang bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di antara masyarakat Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.  Ini diikuti dengan pengambilalihan pada tahun 2010 daripada adik-beradik Kuok - dikuasai oleh PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50% saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20% pegangan saham di Tradewinds (M) Bhd.Ketika ini, FELDA yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM di dalam Bursa Saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85%.  Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia.Tawaran umum yang dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.  MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah FELDA.  MSM menghasilkan hampir 60% daripada pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai lebih kurang MYR 2.3 bilion.  Pada tahun 2010, MSM memperolehi keuntungan sebanyak RM 232 juta.Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.  Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu?  Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, FELDA menerima manfaat daripada RM11.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia. Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ianya dimiliki oleh FELDA.  Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi \"coprorate-centric\" yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti FELDA atau MSM. BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.  Dasar sosial-ekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil.  Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan Barang Naik manakala PR (Price Reduction).*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041156 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list