CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Orang asli Perak: UMNO/BN tidak prihatin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan pendedahan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mei yang lalu berikutan kira-kira 1,000 Orang Asli yang tinggal di tujuh kampung iaitu Kampung Saseh, Kelatap, Talang, Satut, Lana, Thenglek dan Takung yang kesemuanya terletak di Pos Perwor dekat Sungai Siput merayu pihak Kerajaan Negeri Perak agar menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik walaupun sudah 20 tahun tinggal di kampung itu.Apakah peranan Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Orang Asli Perak Darul Ridzuan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Perak tahun lepas?  Apakah juga peranan Pegawai Khas (Hal Ehwal Orang Asli) kepada Menteri Besar Negeri Perak di dalam permasalahan sebenar Orang Asli yang didedahkan oleh Utusan Malaysia tersebut?  Malang sungguh nasib Orang Asli kerana gagal mendapat pembelaan dan keperihatinan daripada pihak Kerajaan Negeri walaupun terdapat agensi yang menjadi tumpuan mereka oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.Bagi kami keutamaan sebenar bagi Orang Asli ialah kedudukan mereka di dalam pembangunan Negeri serta Negara kita dan bukannya disisih tanpa pembelaan yang sebenar.  Kami berharap Kerajaan Negeri bertindak atas maklumat tersebut dan kami berharap ianya dapat diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 nanti.  Jangan jadikan umpan menjelangnya PRU 13 nanti untuk menarik sokongan dengan projek pembangunan yang sepatutnya boleh diberikan kerana Bajet sudah pun telah diluluskan.*Kenyataan media oleh Safarizal Saleh (gambar kiri) selaku Penolong Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.361907 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list