CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Djokovic cipta rekod 38 kali

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Federer  masih  jagoan Roland Garros\rPARIS: Novak Djokovic melanjutkan rekod tanpa kalah tahun ini kepada 38 kemenangan berturut-turut kelmarin sambil raja grand slam Roger Federer mempamer aksi kepada pemain Serbia itu bahawa dia masih jaguh di Terbuka Perancis.\r\n\n\n\n\r   Pilihan kedua Djokovic menang 6-2, 6-1, 6-3 ketika menyingkirkan pemain Belanda, Thiemo De Bakker pada pusingan pertama sebelum juara 16 kali grand slam Federer menewaskan pemain Sepanyol, Feliciano Lopez 6-3, 6-4, 7-6 (7/3).\r\r\n\n\n\n\n   Turut melangkah di bawah cuaca panas terik di Roland Garros adalah bekas juara Terbuka AS dan semifinalis 2009, Juan Martin del Potro, yang mengatasi pemain Croatia Ivo Karlovic dalam pertarungan empat set.\rNamun pilihan keenam dari Republik Czech, Tomas Berdych, yang melangkah ke separuh akhir tahun lalu, gagal bertahan sebelum tewas kepada pemain pusingan kelayakan tuan rumah, Stephane Robert yang menduduki tangga ke-140 dunia.\rPada hari ulang tahun kelahirannya ke-24, Djokovic dengan mudah menewaskan pemain tangga ke-71 dunia, De Bakker dalam tempoh hanya 92 minit dan kini hanya empat kemenangan untuk menyamai rekod 42 kemenangan yang dicipta John McEnroe pada 1984. \r“Ini adalah Grand Slam kegemaran saya, walaupun saya belum menjuarainya,” kata Djokovic yang melangkah ke separuh akhir pada 2007 dan 2008.\r\n\n\n\n\r“Saya bermain dengan baik di gelanggang tanah liat. Saya menang tiga kejohanan gelanggang tanah liat (Belgrade, Madrid dan Rome) sejak beberapa minggu lalu, jadi saya sedang menghimpun keyakinan itu,” kata Djokovic.\rPemain nombor tiga dunia, Federer yang diletakkan selaku pilihan paling rendah sejak kejohanan utama lapan tahun lalu, beraksi dalam kejohanan besar kali ke-46 berturut-turut. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.255389 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list