CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

APC-BH dapat sambut menggalakkan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PENCALONAN Anugerah Pelajar Cemerlang-Berita Harian (APC-BH) mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar yang menyertai program bimbingan peperiksaan Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Seminar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anjuran Unit Pendidikan Berita Harian sepanjang tahun lalu.      \rAnugerah akan diberikan pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum UPSR, PMR dan SPM yang diperkenalkan sejak lima tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Pengarang Unit Pendidikan, Muhd Yusuf Abu Bakar, berkata seramai 18 pelajar iaitu masing-masing enam SPM, PMR dan UPSR yang layak akan menerima anugerah masing-masing pada majlis yang dijadual berlangsung pada 9 Jun ini, di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, semua pelajar terpilih akan dihubungi pihak Berita Harian dalam tempoh terdekat.\rBeliau berkata, pemilihan pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik, pembabitan aktif dalam kokurikulum dan sukan selain pernah menyertai Klinik dan Seminar kendalian Unit Pendidikan.\r“Penyertaan yang diterima untuk ketiga-tiga kategori meningkat berbanding tahun sebelumnya.  Panel pemilih perlu meneliti setiap permohonan memandangkan semua peserta berhadapan persaingan yang begitu sengit.\r“Kita perlu mengambil kira semua aspek bagi memastikan pemilihan telus dan adil kepada semua pelajar,” katanya selepas membuat pemilihan terakhir penerima Anugerah APC-BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rMohd Yusof berkata, pelajar akan menerima wang tunai RM1,000, plak APC-BH 2010, selain sijil penghargaan serta hadiah istimewa yang hanya akan diumumkan pada majlis itu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.309747 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list