CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Perketat syarat bangunan di lereng bukit

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
ISU tanah runtuh dan kecuaian pemantauan terhadap projek di lereng bukit kini berulang lagi, tapi ia berlaku bagi projek bangunan yang dibangunkan di atas tanah berstatus pertanian yang dibenarkan mengikut Kanun Tanah Negara bagi kategori bangunan separa kekal.\rPersoalannya, apakah bangunan  didirikan di atas tanah pertanian sekarang ini bangunan separa kekal? Bangunan separa kekal ialah bangunan yang menggunakan bahan binaan seperti kayu bagi kebanyakan rumah Melayu tradisi ataupun kombinasi batu-bata dan kayu.\r\n\n\n\n\r  Namun, kalau dilihat pada masa kini, kebanyakan rumah kampung sudah pun menjalani proses ubahsuai dan kebanyakannya didirikan dengan struktur tiang konkrit tetulang, berlantai simen, berdinding batu-bata lepaan simen dan ada setinggi dua tingkat.\r\r\n\n\n\n\n  Apakah bangunan ini menggunakan kepakaran juruperunding profesional seperti arkitek dan jurutera? Adakah ia dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tujuan kelulusan pelan bangunan? Sudah semestinya perkara yang dipersoalkan ini tidak menjadi satu kewajipan pada masa sekarang. \rBerdasarkan itu, sesuatu projek bangunan di atas tanah berstatus pertanian perlu dikaji semula dari segi cara pelaksanaannya. Rumah atau bangunan yang dibina seperti rumah penempatan anak yatim di Hulu Langat sebagai contoh, bukan lagi boleh dikategorikan sebagai rumah separa kekal.\rAgensi berkaitan kini perlu melihat dan membuat garis panduan baru yang lebih menitikberatkan hal keselamatan dalam pembinaan sesuatu bangunan dengan mensyaratkan mengemukakan pelan bangunan disediakan oleh perunding arkitek dan jurutera bertauliah bagi projek sebegini.\rPenguatkuasaan undang-undang pembangunan di lereng bukit dan kawasan berisiko perlu dilaksanakan dengan lebih tegas. Laporan pakar geologi perlu disertakan untuk tujuan pengesahan status kawasan cerun atau lereng bukit itu selamat didirikan bangunan. Kita tidak mahu lagi kejadian sebegini berulang dan menjadi medan perdebatan pelbagai pihak dalam memberi pendapat dan pandangan serta tuduh menuduh terhadap siapa yang patut dipersalahkan.\r\n\n\n\n\rSikap sambil lewa dalam menguatkuasakan undang-undang dari pelbagai pihak adalah budaya yang patut dibanteras. Aspek kecuaian melaksanakan sesuatu projek pembangunan daripada pemilik bangunan, juruperunding, pihak kontraktor dan PBT semestinya dipertanggungjawabkan kerana ia membabitkan nyawa bagi penghuni yang mendiami bangunan.\rKita tidak mahu lagi melihat insiden tanah dan bangunan runtuh ini menjadi sensasi berita bermusim, ia mesti ditangani segera dari segi ketegasan pemantauan dan penguatkuasa undang-undang agar ia tidak berulang.\rAR MOHD KAMALUDIN ADAM,\rArkitek dan pemilik firma Arkitek \rIbnuADAM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.130949 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list