|
Program tinjau pengajian kejuruteraan, suasana kerjaUNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan \'Global Outreach Programme\' bertujuan mendedahkan pelajar dengan pengajian kejuruteraan dan suasana pekerjaan luar negara sebagai persediaan sebelum menamatkan pengajian.\n\n\n\n Baru - baru ini, seramai 14 pelajar ijazah sarjana muda dan pasca siswazah Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM mengikuti Lawatan Sambil Belajar Geoteknikal Australia, selama lapan hari.\n\n\n\n\n Peserta mengunjungi Fakulti Kejuruteraan The University of Sydney dan The University of New South Wales (UNSW) untuk mendapat maklumat mengenai program ijazah sarjana muda dan pasca siswazah kedua-dua universiti berkenaan.Pembantu Dekan (Antarabangsa) Fakulti Kejuruteraan UNSW, Prof Madya Dr Rodney Chaplin, berkata fakulti itu muncul sebagai fakulti kejuruteraan di Australia yang mendapat penarafan lima bintang berdasarkan kedudukannya di peringkat global.Selain itu, Ketua Kejuruteraan Geoteknikal, UNSM, Prof Nasser Khalili, pula menunjukkan teknologi dan peralatan terkini yang digunakan pelajar kejuruteraan UNSW sebelum mereka memasuki pasaran kerja.Ketua rombongan, Prof Dr Aminaton Marto, berkata kunjungan ke Sekolah Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UNSW memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ciri kecemerlangan pengajian dan penyelidikan kejuruteraan di sana.\n\n\n\n“Lawatan ini juga membuka jaringan antarabangsa antara peserta” katanya ketika ditemui di Sydney, Australia, baru-baru ini.Ketika mengunjungi The University of Sydney pula, rombongan pelajar diberi penjelasan oleh pensyarah Sekolah Kejuruteraan Awam, Prof Madya David Dr Airey dan pelajar doktor falsafah yang juga warga negara Malaysia, Shiao Huey Chow.Rombongan pelajar UTM juga melawat syarikat perunding kejuruteraan global, Arup di Sydney bagi mengetahui projek terkini yang dijalankan syarikat terbabit serta projek lama termasuk Opera House.Di Arup, peserta diberi penerangan oleh Jurutera Teknikal Kanan, Anthony Bowden dan beberapa jurutera lain.Pelajar UTM kemudian melawat tapak pembinaan kerja selain menaik taraf Great Western Highway (Wentworth Falls East) yang dilakukan kontraktor Fulton Hogan.Aminaton berkata, lawatan ke tapak projek yang diaturkan Roads and Traffic Authority, New South Wales, memberi peluang pelajar melihat jenis bahan yang digunakan dalam proses pembinaan jalan, bentuk tembok penahan cerun dan reka bentuk laluan untuk pejalan kaki, kereta api dan kereta serta kenderaan lain.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|