CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Aseanrobic satukan pelajar PTPL

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KOLEJ PTPL Shah Alam telah menganjurkan satu program Aseanrobic sebagai usaha pendedahan cara hidup sihat kepada pelajar di samping menampilkan keragaman seni budaya negara-negara Asean.\rPertandingan anjuran Unit Pembangunan Pelajar (UPP), Kolej berkenaan diadakan bersempena acara Ekspresi Remaja TV9 yang dilangsungkan di kampus Management and Science University (MSU) baru- baru ini. \r\n\n\n\n\r    Antara tujuan utama program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara hidup sihat disamping menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar PTPL.\r\r\n\n\n\n\n    Sebenarnya, program seperti itu dapat mencungkil bakat peserta selain berjaya merapatkan hubungan antara pelajar dan pensyarah. \rIni kerana setiap kumpulan yang menyertai pertandingan itu akan dipimpin oleh koordinator masing-masing yang membabitkan pensyarah daripada sekolah masing-masing. \rLebih 200 orang pelajar Kolej PTPL daripada pelbagai jurusan menyertai program yang memperlihatkan pertandingan sengit antara empat sekolah di PTPL Shah Alam iaitu Sekolah Sains Kesihatan (SHS), Sekolah Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (SBMP), Sekolah Sains Informasi  dan Kejuruteraan (SISE) dan Sekolah Hospitaliti dan Seni Kulinari (SCHA).\rProgram bertemakan konsep aerobic dan tarian negara-negara Asean itu membahagikan peserta kepada warna-warna PTPL dan MSU iaitu merah, putih, biru dan hitam. \r\n\n\n\n\rSekolah Sains Informasi dan Kejuruteraan (SISE) diumumkan sebagai juara bagi pertandingan ‘Asean Robic PTPL’ kerana berjaya menunjukkan gaya persembahan yang menepati tema negara Asean.\rKumpulan berkenaan berjaya menggabungkan pelbagai bentuk tarian dari negara-negara asean seperti Malaysia, Thailand, Filipina dan sebagainya. \rPenyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Akademik Kolej PTPL Shah Alam, Nur Shiriza Idris.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.058340 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list