CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

PTPTN semak semula peraturan pinjaman, tak perlu kemuka dua penjamin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
ADUAN daripada Peminjam Kecewa melalui akhbar Berita Harian pada 6 Mei 2011 adalah dirujuk. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah menyemak semula peraturan penawaran penukaran pinjaman pendidikan kepada pembiayaan berasaskan konsep ujrah yang didapati menimbulkan kesulitan kepada mereka yang terbabit. Antaranya disebabkan syarat dua penjamin dan amaun bayaran balik bulanan lebih tinggi berasaskan baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008. \rBagi memudahkan urusan itu, mulai 1 Jun 2011, mereka yang ditawarkan penukaran tidak lagi perlu mengemukakan dua penjamin seperti disyaratkan sebelum ini. Di samping itu, amaun bayaran balik bulanan juga sudah diturunkan melalui penjadualan semula/pemanjangan tempoh bayaran balik berasaskan baki hutang peminjam pada 1 Jun 2008. \r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, mereka yang tidak mampu membuat bayaran berasaskan amaun ditawarkan masih boleh mengemukakan rayuan dengan melengkapkan borang permohonan rayuan yang boleh diperoleh melalui  ruangan Borang, Pekeliling & Tender di laman web PTPTN. Surat rayuan atau borang permohonan rayuan itu perlu disertakan bersama salinan slip gaji atau penyata pendapatan atau salinan penyata KWSP terkini (mana-mana yang berkaitan) bagi membolehkan PTPTN membuat pertimbangan.\r\r\n\n\n\n\n Dengan peraturan baru ini, diharapkan kesulitan menguruskan tawaran penukaran akan dapat diatasi dan mereka yang terbabit (termasuk Peminjam Kecewa) akan dapat menyelesaikan urusan penerimaan tawaran dengan lebih cepat. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455.\rRINA ABD RAHMAN,\rPegawai Perhubungan Awam PTPTN.\rINFO:      Jadual bayaran balik PTPTN pada 1 Jun 2008\rRM10,000 dan ke bawah; tempoh bayaran balik - 60  bulan (5 tahun).\rRM10,001 - RM22,000 ; tempoh bayaran balik - 120 bulan (10 tahun).\rRM22,0001 – RM50,000; tempoh bayaran balik - 180 bulan (15 tahun).\rRM50,001 ke atas; tempoh bayaran balik - 240 bulan (20 tahun).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.383593 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list