CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

Konsep ithar bantu umat Islam baja kemanisan iman

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Penerapan nilai murni dalam kehidupan boleh lonjak prestasi kerja, organisasi cemerlang\rSETIAP manusia memiliki naluri  pelbagai dan berbeza-beza. Tetapi, semuanya menginginkan yang terbaik dalam kehidupan dan ia dituntut dalam Islam. Allah menganugerahkan nikmat dan memudahkan manusia  memperoleh kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup. \r\n\n\n\n\r  Firman Allah  bermaksud: “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah  memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan  melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?” (Surah Luqman, ayat 20) \r\r\n\n\n\n\n  Bagi mengharapkan kebaikan dunia dan akhirat serta mengelakkan azab, Rasulullah SAW mengajak umatnya menadah tangan berdoa bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab api neraka.”\rDoa adalah senjata Mukmin dan diingatkan supaya tidak sombong untuk bermunajat kepada Yang Maha Esa di samping berusaha meraih hasanah (kebaikan). Malah, umat Islam digalakkan menjadi peneroka dalam merebut kebaikan. \rSabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum masa suntuk, kaya sebelum fakir, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah) \rKelima-lima perkara ini iaitu sihat, masa, kaya, muda dan hidup adalah nikmat asas kejayaan yang perlu direbut kerana manusia sering leka  sehinggalah  ia hilang daripada genggaman dan kawalan. \r\n\n\n\n\rSabda Rasulullah ini juga  peringatan untuk membakar semangat supaya berebut-rebut menjadi ‘tangan yang di atas’, iaitu  tangan yang memberi, menghulur, membantu bahkan  menjadi tangan sifatnya lebih baik daripada ‘tangan di bawah’  iaitu  menerima. \rSejarah membuktikan pada  zaman Saidina Umar ibn al-Khattab dan Umar ibn Abd Aziz, tiada golongan fakir miskin untuk diagihkan harta zakat disebabkan  saling membantu. \rFirman Allah  maksudnya: “Dan bagi setiap umat ada kiblatnya yang menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebajikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah, ayat 148) \rSejarah Islam juga mencatatkan kejayaan hijrah Rasulullah SAW dan pembukaan kota Madinah kerana adanya golongan peneroka kebaikan ini. Baginda menamakan mereka sebagai kaum Ansar  bermaksud orang yang membantu. \rKemurahan hati dan pengorbanan golongan Ansar kepada golongan berhijrah dari Makkah (Muhajirin) bukan saja meliputi keperluan asas yang dihajati  seperti penginapan, harta,  isteri dan modal berniaga tetapi juga apa yang mereka sendiri hajati.\rKeikhlasan mereka berkorban semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah dipuji dan digambarkan dalam firman Allah bermaksud: “Dan orang (Ansar)  mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.” (Surah al-Hasyr, ayat 9)\rPengorbanan kaum Ansar  menimbulkan  kecemburuan kaum Muhajirin kerana  pengorbanan itu kaum Ansar mendapat ganjaran pahala berbanding Muhajirin. Sebagai kaum yang baru berhijrah mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diberi.\rLalu, Rasulullah SAW mengajar kaum Muhajirin mengucapkan penghargaan dan mendoakan kaum Ansar sebagai balasan atas pengorbanan itu. Dengan cara ini, tiada kaum tercicir dalam perlumbaan mengejar kebaikan. \rDr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya bertajuk Iman dan Kehidupan, mengetengahkan konsep  ithar daripada kisah ini, iaitu pengorbanan mendahulukan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sebagai baja memperoleh kemanisan iman.\rJusteru jika konsep ithar ditekan dan diterapkan dalam kehidupan, bekerja atau pengurusan organisasi, akan menjadi nilai tambah yang  boleh melonjakkan prestasi, membuahkan kecemerlangan bahkan kualiti kerja dan perkhidmatan. \rMaka lahir pelbagai nilai terpuji seperti ringan tulang, pemurah,  tidak sombong, tiada hasad dengki, mudah bekerjasama serta kerja secara sukarela dan tidak bergantung kepada arahan semata-mata. \rSelain itu, ia menguatkan rasa  berterima kasih, menghargai dan mendoakan demi kebaikan  sesama individu, pekerja dan majikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila aku perintahkan kepadamu dengan sesuatu perintah, maka laksanakan dengan semampumu.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)         \rPenulis ialah Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.235658 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list