View: 154|Reply: 0
|
PAFA tamatkan kontrak Razali lebih awal
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) menamatkan kontrak pemain bermasalah, Razali Umar Kandasamy mulai Rabu ini (1 Jun) kerana masih mengulangi perbuatan ponteng latihan buat kali ketiga musim ini.\rPresidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan PAFA Jumaat lalu.\r\n\n\n\n\r “Razali boleh lupakan saja musim bola sepak 2011. PAFA mengambil keputusan menamatkan kontraknya. Keputusan dibuat selepas mempertimbang segala aspek termasuk betapa banyak peluang diberikan kepada Razali selama ini. \r\r\n\n\n\n\n “Banyak janji dan pengakuan diberikannya tetapi tiada perubahan, malah dia masih mengulangi perbuatan yang sama. Ini adalah tindakan wajar yang difikirkan semasak-masaknya supaya tidak merosakkan pasukan. \r“Ia bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya mengikut prosedur dan ketetapan dalam kontrak,” kata Zainol.\rBegitupun, katanya, PAFA akan membayar gaji bulan Mei berdasarkan potongan kedatangan ketika latihan pemain itu yang melebihi 50 peratus walaupun mula ponteng selepas perlawanan dengan Pahang di Ipoh, 6 Mei lalu.\rSementara itu, Presiden PAFA itu lega dengan kejayaan 2-0 Perak ke atas T-Team kelmarin, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga keempat Liga Super, mengatasi Kedah dengan kelebihan jaringan walaupun masing-masing terikat 38 mata.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|