CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 1

Sindiket pasang tiang lampu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk kena bayar RM400, tidak perlu bayar bil bulananBATU PAHAT: Satu sindiket dikesan memperdaya penduduk kawasan luar bandar daerah ini apabila menawarkan pihak tertentu membayar hanya kira-kira RM400 bagi pemasangan setiap tiang lampu dengan bil bulanan elektrik adalah percuma.\rSindiket berkenaan bertindak mendekati penduduk sebelum \'menggoda\' mereka supaya membayar sehingga RM400 bagi satu tiang lampu di tapak kerja pemasangan dan daripada bayaran yang dilakukan itu mereka mendakwa penduduk tidak perlu lagi membayar bil bulanan elektrik.\r\n\n\n\n\r  Bermula daripada hanya beberapa kes sebelum ini, sindiket itu kini dikesan kian aktif di kawasan tertentu terutama di Parit Raja dan Semarang, dekat sini sehingga mencatatkan kira-kira 100 kes seumpamanya mengikut rekod Tenaga Nasional Bhd (TNB).\r\r\n\n\n\n\n  Keadaan itu terus berlaku walaupun TNB sering mengadakan dialog serta pertemuan bersama penduduk bagi meningkatkan kesedaran mengenai penipuan sindiket berkenaan.\rPengurus Kanan TNB Daerah Batu Pahat, Khairizam Ibrahim, berkata pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kegiatan sindiket itu sebaik mendapat maklumat daripada penduduk kampung yang bertanyakan kesahihan perkhidmatan ditawarkan itu.\rBeliau berkata, sindiket berkenaan membuat tawaran itu kepada penduduk dan memasang lampu jalan secara haram bagi mengaut keuntungan segera sedangkan hakikatnya segala urus niaga termasuk permohonan mendapatkan lampu jalan di kampung mahupun pembayaran bil perkhidmatan, hanya boleh dilakukan di premis TNB.\r\"Segala urus niaga termasuk bagi mendapatkan lampu jalan di kampung atau bayar bil elektrik hanya boleh dilakukan di premis TNB, bukan menerusi orang persendirian.\r\n\n\n\n\r\"Malah, TNB juga tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi pemasangan lampu jalan kampung, kerana langkah ini lebih kepada perkhidmatan kepada masyarakat yang bukan berteraskan keuntungan,\" katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Teknikal TNB Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.\rKhairizam berkata, pemasangan lampu jalan di kawasan kediaman penduduk atau persendirian sudah dimansuhkan dan penduduk dinasihatkan supaya tidak terpedaya oleh sindiket terbabit yang meminta wang untuk memasang lampu jalan secara haram.\r\"Penduduk kampung yang mendapat tawaran atau dihampiri pihak tertentu untuk memasang lampu jalan di kampung mereka pada kadar bayaran tertentu dinasihatkan supaya melaporkan perkara ini kepada polis atau terus hubungi pejabat TNB daerah di talian 07-434 6088 bagi tindakan lanjut,\" katanya.   \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:17 AM | Show all posts
tiang lampu pun ada sindiket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 1.118935 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list