CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Rawatan kes sakit kritikal tidak seragam

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
TEKNOLOGI perubatan dalam negara diakui sudah mencapai satu tahap terbaik dengan kemampuan mengendalikan pelbagai kes serius tanpa perlu lagi dirujuk ke luar negara. Malah, dengan adanya Institut Jantung Negara (IJN), kes serius dan kritikal membabitkan organ penting itu sudah berjaya ditangani dalam negara.\rNamun, dalam keupayaan membekalkan teknologi terbaik, masih ada kelonggaran yang wajar diberi perhatian iaitu membabitkan sistem operasi dan cara mengendalikan pesakit. Ia perlu dilihat semula kerana meskipun mempunyai teknologi hebat tetapi lemah dalam menangani pesakit, nyawa kadangkala hilang begitu saja kerana salah menafsir keperluan.\r\n\n\n\n\r  Saya merujuk kepada dua kes yang pernah berlaku dalam keluarga saya dan  seorang daripadanya sudah meninggal dunia. Memang ajal maut di tangan Tuhan tetapi rasa begitu kecewa kerana kegagalan menguruskan pesakit dengan cekap menjadi antara punca sistem perubatan terutama di hospital kerajaan sering dipersalahkan.\r\r\n\n\n\n\n  Kedua-dua kes dalam keluarga saya hampir sama situasinya. Ibu saudara saya diserang darah tinggi yang memuncak sehingga dia pengsan di rumah dan apabila dihantar ke Hospital Kajang, tiada tindakan segera diambil, sekadar membiarkannya berehat di katil bilik kecemasan.\rEsoknya, apabila secara tiba-tiba dia diserang strok, barulah ada usaha untuk memindahkannya ke Hospital Serdang kerana menurut doktor, Hospital Kajang tiada alat pengimbas untuk melihat kerosakan serius di kepala. Akhirnya, selepas disahkan seluruh bahagian dalam kepala dipenuhi darah, doktor hanya mengatakan, berserah saja... \rPaling pelik, doktor di Hospital Serdang mengesahkan sudah menghubungi Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mungkin di sana ada pakar yang lebih baik tetapi permohonan pemindahan itu ditolak kerana dikatakan pesakit itu sudah tiada harapan.\rKes kedua dan terbaru, ayah mentua saya sendiri dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kajang kerana tiba-tiba pitam dan disahkan mengalami serangan jantung serius. Malah, doktor di situ juga memberitahu tahap serangannya serius serta boleh membawa maut.\r\n\n\n\n\rDalam keadaan genting itu, mereka menghubungi Hospital Serdang dan IJN kerana di dua pusat perubatan itu ada pakar khusus untuk kes jantung. Namun, sekali lagi jawapan mengecewakan diterima iaitu dua pusat itu tidak menerima pemindahan pesakit dan sekadar memberi panduan kepada doktor di Hospital Kajang untuk terus memantau pesakit.\rIni yang pelik. Bagaimana dua pusat itu enggan menerima, sedangkan doktor sendiri mengesahkan pesakit dalam keadaan kritikal. Lebih kecewa apabila doktor di Hospital Kajang menasihatkan kami untuk menghubungi sesiapa yang dikenali bagi memudahkan proses pemindahan itu. Pendek kata, gunakan ‘kabel lebih besar’.\rMujur, seorang daripada keluarga kami mengenali seseorang di Kementerian Kesihatan dan atas bantuannya ayah mentua saya berjaya dipindahkan ke IJN. Lebih pelik apabila tiba di IJN, dia disahkan kritikal dan pembedahan perlu dibuat segera. Bayangkan apa jadi jika kami tidak kenal ‘orang dalam’ dan rawatan oleh bukan pakar terus dibuat di Hospital Kajang.\rDiharap senario ini diberi perhatian serius oleh kementerian supaya tidak pula nanti pisang berbuah dua kali. Kenapa pesakit yang disahkan kritikal perlu menerima lampu hijau terlebih dulu daripada hospital yang ada pakar sedangkan semuanya di bawah sistem hospital kerajaan. Bertindaklah supaya tidak lebih banyak nyawa melayang!\rKELIRU DAN KECEWA,Kajang Perdana, Selangor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064869 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list