CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Mewah Bahasa: Takut selumbar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PADA cuti semester universiti, Zahar melawat rumah datuknya di kampung ….\rDatuk: Zahar!! Buat apa tu?\r\n\n\n\n\rZahar: Tak ada apa-apa …. Saja menengok-nengok kat bawah rumah ni.\r\r\n\n\n\n\nDatuk: Hai! Dari tadi Atuk dengar ketekung ketekang bunyi orang bertukang kat bawah rumah tu … tak buat apa-apanya?!\rZahar: Hehehe …. Atuk ni macam-macamlah! Bukannya buat apa-apa pun, cuma balik-balikkan papan kat bawah rumah ni.\rDatuk: Eh!! Baik-baiklah … kut ada lipan ke, kala jengking ke ....\rZahar: Kayu dan papan apa ni Tuk? Daun tingkap pun ada ni .…\r\n\n\n\n\rDatuk: Papan rumah dapur tu dulu ….\rZahar: Rumah dapur??\rDatuk: Ha’a … dulu kan ke dapur tu kat atas? Tak ingat ke? Bila lantai dapur tu reput,… ubah suai jadi dapur atas tanah.\rZahar:  Kayu-kayu ni tak macam reput pun??\rDatuk: Ni papan dinding dan tingkap. Bila tukar dinding simen, tingkap ni tak sesuai lagi. Tak rosak pun, itu pasal Atuk simpan.\rZahar: Tu laa .... Nampak cantik-cantik lagi ni ….\rDatuk: Ha laa …. Tingkap, kipas-kipas, kekisi …. Semua elok lagi!!\rZahar: Kipas?? Tak ada pun kipas ….\rDatuk: Bukan kipas … tapi kipas-kipas. Tu yg berukir tu … kipas-kipas le tu!! Letaknya kat atas tingkap dan pintu ….\rZahar: Yang berukir ni??\rDatuk: A’ haa ….\rZahar: Cantik ukirannya, sayanglah letak macam ni aje ….\rDatuk: Tu pasallah atuk simpan, nanti bila Zahar buat rumah bolehlah guna bahan-bahan ni. Sekarang ni kat Kuala Lumpur tu banyak rumah batu yang guna tingkap, kekisi dan kipas-kipas kayu macam ni. Dah ada orang tanya nak beli ni … tapi Atuk tak kasi!!\rZahar: Jangan juallah!! Nanti saya nak pakai bila dah ada rumah sendiri nanti .…\rDatuk: Jangan risau …. Atuk simpan!! Tapi baik-baik le pegang kayu tu, kayu lama tu, ada yang pecah!!\rZahar: Kenapa pulak??\rDatuk: Takut  selumbar!!\rZahar: Selumbar? Apa tu? Jenis ular ke?? Eeee … gelilah!! Memang dah hati-hati angkat kayu ni, … tadi dah jumpa lipan sekor, dah katuk pun. Ular  selumbar ni bisa ke??\rDatuk: Bukan ular … tapi bisa!! Kalau kena tangan mau berdarah juga, kalau tak dikeluarkan … oleh bernanah!!\rZahar: Ugh!! Bahaya tu …. Macam mana rupa binatang tu? Macam lipan ke? Atau macam kala jengking? Kalau lipan ngan kala jengking tu saya kenal. Selumbar ni saya tak tau, tak pernah jumpa … Atau rupa tokek kut?! Orang kata tokek pun bisa juga ... ada kat celah-celah papan ni agaknya.\rDatuk: Hahahaha … macam-macamlah kamu ni, Zahar. Kalau dah budak bandar, tu la rupanya … selumbar pun tak tau!!\rZahar: Dah tak tau,… nak buat macam mana? Kat Kolumpo tak pernah jumpa binatang ni.\rDatuk: Hehehehe … sebenarnya, selumbar ni bukan binatang!! Hehehehe ….\rZahar: Kalau bukan binatang, ... apa pulak??\rDatuk: Selumbar tu sebenarnya serpihan halus kayu dekat papan yang pecah tu. Kalau kena tangan, masuk dalam daging dan patah kat dalam, itu yang boleh berdarah dan sakit. Kalau tak dicungkil keluar, mau bernanah!!\rZahar: Laa … selumbar tu serpihan kayu ke?? Ingatkan binatang berbisa … hehehe\rDatuk: Tu la dia cucu aku … hahahaha ….\rGlosari:\rSelumbar - serpihan kayu, buluh, duri nibung, duri bertam dan lain-lain yang tajam.\rKipas-kipas - (dialek Melaka) ukiran pada lubang angin di atas tingkap atau pintu \rTokek - sejenis cicak yang turut dikenali sebagai gekko; (dialek Perak) takik, takuk; sejenis kudis di kepala

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 1.329636 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list