CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

Rawatan kecemasan ikut prosedur

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PENGURUSAN Hospital Kajang mengucapkan terima kasih di atas aduan  disampaikan oleh pengadu ‘keliru dan kecewa’ yang disiarkan akhbar ini pada 31 Mei 2011 bertajuk Rawatan kes sakit kritikal tidak seragam.Berkenaan aduan tiada tindakan segera di Jabatan Kecemasan terhadap ibu saudara pengadu, dalam siasatan kami Jabatan Kecemasan sudah pun mengambil tindakan sewajarnya mengikut ‘Standard Operating Procedure’ seperti memberikan ubatan dan pemantauan rapi serta memastikan pesakit stabil sebelum merujuk pesakit bagi menjalankan imbasan CT di Hospital Serdang memandangkan pada masa tersebut Hospital Kajang tiada kemudahan CT Scan.\n\n\n\n Mengenai aduan pengadu berkenaan penerimaan pesakit ke Hospital Serdang dan IJN. Pakar perubatan dan pegawai perubatan di Hospital Kajang sudah berusaha merawat ayah mentua pengadu sebaik mungkin. Dalam usaha itu perbincangan sudah dilakukan dengan pakar jantung dari Hospital Serdang dan juga IJN. \n\n\n\n\n Rawatan untuk menstabilkan dulu pesakit dijalankan mengikut nasihat yang diberikan oleh pakar dari Hospital Serdang dan IJN. Tindakan merujuk pesakit ke IJN adalah berdasarkan kepada tahap kritikal pesakit dan keperluan rawatan khas kardiologi mengikut nasihat pakar dari IJN.DR KULDIP KAUR A/P PREM SINGH,Pengarah Hospital Kajang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.143653 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list