CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

PM Jepun sedia lepas jawatan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Naoto Kan terselamat daripada undian tidak percaya ahli parlimen\rTOKYO: Perdana Menteri Jepun Naoto Kan semalam terselamat daripada undian tidak percaya semalam selepas berikrar akan berundur sebaik saja negara itu berjaya pulih daripada bencana nuklear dan gempa bumi 11 Mac lalu.\r\n\n\n\n\r  Janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada generasi muda meredakan kemarahan pembangkang yang mengancam akan mengheret Kan - perdana menteri kelima dalam lima tahun - meletak jawatan.\r\r\n\n\n\n\n  Usul itu dibawa pembangkang konservatif Parti Demokratik Liberal (LDP) dan sekutunya. Ia dikalahkan dengan undian 293-152 selepas kebanyakan ahli parlimen sayap kiri parti memerintah memihak Kan.\rPada saat akhir, Kan, 64, merayu kepada partinya Parti Demokratik Jepun (DPJ), supaya bersatu sehingga beliau berjaya mencapai kemajuan dalam membina semula Jepun daripada pasca bencana. \r“Sehingga pengendalian saya terhadap bencana gempa bumi selesai dalam tempoh tertentu dan saya akan memenuhi peranan saya. Saya suka generasi muda mengambil alih pelbagai tanggungjawab saya,” kata Kan.\rKan yang dikenali sebagai anak orang makan gaji atau lelaki rakyat, tidak memberikan tarikh untuk pengundurannya yang sekali gus mendedahkannya kepada pelbagai spekulasi.\r\n\n\n\n\rKerajaan berjanji menempatkan 100,000 penduduk yang masih tinggal di pusat perlindungan sejak bencana itu, di rumah sementara pertengahan musim panas tetapi pembersihan dan pembinaan semula dijangka mengambil masa beberapa tahun.\rPengendali loji nuklear Fukushima berkata, pihaknya dapat menutup enam reaktor antara Oktober dan Januari tetapi untuk memulihkan kawasan tercemar mengambil masa lama.\rLDP yang disingkirkan dalam pilihan raya pada 2009 selepas lebih setengah abad berkuasa mengemukakan usul tidak percaya kelmarin disokong dua parti kecil.\rPemimpin LDP menuduh Kan tidak mengambil tindakan sewajarnya ketika bencana yang menyebabkan 23,000 terbunuh selain mencetuskan krisis nuklear terbesar sejak krisis Chernobyl.\rPesaing Kan dalam DPJ, veteran yang penuh skandal, Ichiro Ozawa, turut mengancam mengundi menentang Kan tetapi pada akhirnya hanya dua penggubal undang-undang DPJ yang mengundi menentangnya. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 1.044566 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list