CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Strauss-Kahn upah bekas perisik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Habis jutaan dolar kawal keselamatan, lawan  kes serangan seksual\rWASHINGTON: Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn mengumpulkan sekumpulan penyiasat termasuk bekas perisik dan penasihat media bagi menghadapi tuduhan serangan seksual terhadap pekerja hotel.\r\n\n\n\n\rMereka akan menggunakan pendekatan berlainan menguruskan masalah perundangannya di Amerika Syarikat sementara cuba untuk mengembalikan reputasinya di negara asalnya Perancis dan negara lain.\r\r\n\n\n\n\n  Tugas utama mereka ialah mengurangkan sebanyak mungkin kesan buruk terhadap reputasi Strauss-Kahn.  Pakar yang diupah atau menjadi perunding setakat ini termasuk bekas perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA), yang berpengalaman dalam penyiasatan jenayah dan  pakar terbaik  perhubungan awam di dunia berbahasa Perancis.\rPendakwa menganggarkan Strauss-Kahn mungkin perlu membayar   AS$200,000 (RM600,678) sebulan kepada firma keselamatan bagi menyediakan kawalan 24 jam, manakala yuran guaman dan penyiasat mungkin mencecah lebih jutaan dolar.\rStrauss-Kahn yang  berada dalam tahanan rumah di New York, menafikan dakwaan jenayah tindakan seksual, cubaan merogol, penderaan seksual, tahanan tidak sah dan sentuhan paksaan.\rMenurut sumber, Strauss-Kahn dan isterinya, Anne Sinclair kini menetap di  TriBeCa di Manhattan di mana pasangan itu dan peguamnya akan mula menyusun strategi pembelaan.\r\n\n\n\n\rPasukan pembelaan pula diketuai Benjamin Brafman, peguam jenayah terkemuka New York. Selain peguam, pasukan pembela sama ada sudah atau sedang bersedia mengikat perjanjian dengan dua kuasa besar, firma berprofil rendah tetapi berpengaruh yang mempunyai operasi khusus dalam bidang perhubungan awam serta penyiasatan  korporat dan jenayah.\rSatu daripadanya yang kurang dikenali berpejabat di Washington iaitu firma penasihat strategik TD International yang mana kakitangan dan pejabat operasi dikendalikan bekas pegawai operasi CIA dan diplomat Amerika.\rFail mengenai  TD International  di Jabatan Kehakiman Amerika sedikit sebanyak mendedahkan aktivitinya.\rSatu fail adalah kontrak antara TD International dengan Strauss-Kahn pada 2007 menunjukkan beliau mengupah firma itu untuk menjalankan kempen perhubungan awam yang khusus dan kerja bermula secepat mungkin sehingga beliau menjadi ketua IMF.\rPasukan Strauss-Kahn turut mengupah Guidepost Solutions, firma siasatan persendirian di New York yang turut berpengalaman dalam kes jenayah. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.269445 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list