CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Saleh dirawat di Arab Saudi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Perkembangan cetus spekulasi Presiden Yaman lepas jawatan RIYADH: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh diterbangkan ke  Arab Saudi semalam bagi mendapat rawatan akibat cedera di dada dan leher terkena  bom pemberontak di istana presiden di Sanaa, Jumaat lalu.\rPemergian Salleh itu selepas didesak hebat rakyatnya sejak Januari lalu supaya  berundur, mencetuskan spekulasi beliau bakal menjadi pemimpin negara Arab terbaru digulingkan selepas dunia melihat kejatuhan Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak dari Mesir. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Presiden Syria juga menghadapi tekanan rakyat dan Barat supaya berundur. \r\n\n\n\n\rSaleh yang tiba di Riyadh    menaiki kapal terbang perubatan Arab Saudi, dilaporkan keluar sendiri dari pesawat dan jelas cedera di muka, kepala dan leher.\r\r\n\n\n\n\nSumber berkata, ada serpihan peluru di bawah jantung Saleh selain  kebakaran pada dada dan muka akibat serangan berkenaan.\rPresiden Yaman yang memerintah sejak 33 tahun lalu itu cedera  selepas serangan roket mengenai  masjid di pekarangan istana Presiden  di ibu negara Yaman, Jumaat lalu. Bedilan yang memusnahkan mimbar masjid itu turut mengorbankan 11 pengawal peribadinya.\rKeganasan terbaru itu tercetus selepas tentera kerajaan bertempur dengan  puak berpengaruh  sejak Mac lalu yang menyokong bantahan rakyat terhadap  Saleh.\rBeribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Sanaa bagi  meraikan  pemergian Saleh, semalam.\rKerajaan Yaman mengumumkan semalam, Naib Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi mengambil alih sebagai pemangku Presiden dan panglima tertinggi angkatan tentera, namun penganalisis ragu sama ada beliau dapat bertahan.\r“Permainan sudah tamat, Riyadh tidak mungkin bertolak ansur dengan Saleh,” kata  penganalisis politik Arab Saudi, Khalid  al-Dakhil. \r– AFP/Reuters/Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.331267 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list