CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

China jamin pemodenan tentera bukan ancaman

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Menteri Pertahanan China yang mahu meyakinkan jirannya di Asia Pasifik semalam berkata kuasa tentera dan pertumbuhan ekonomi negara itu bukan satu ancaman.\rJeneral Liang Guanglie memberitahu persidangan keselamatan Shangri-La di sini pemodenan Tentera Pembebasan Rakyat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara itu dan memenuhi keperluan keselamatannya.\r\n\n\n\n\r   “Kami tidak berhasrat mengancam mana-mana negara dengan pemodenan pasukan tentera kami. Saya tahu ramai orang cenderung untuk mempercayai bahawa dengan kekayaan ekonomi, China akan menjadi satu ancaman dari segi ketenteraan,” katanya memberi ucapan dengan berpakaian seragam penuh tentera.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya mahu katakan bahawa ia bukan pilihan kami. Kami tidak mencarinya, kami tidak memburunya dan kami tidak akan mencari pengaruh untuk menguasai dan kami tidak akan mengancam mana-mana negara.”\rChina mengumumkan Mac lalu ia akan menambah bajet tenteranya sebanyak 12.7 peratus tahun ini, pengembalian kepada perbelanjaan dua digit yang mencetuskan rasa kurang senang di rantau ini serta Amerika Syarikat yang sekian lama mempunyai kehadiran kukuh di rantau Asia Pasifik.\r“China komited untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,” kata Liang, menambah ia berpegang kepada kod etika ditandatangani pada 2002 dengan anggota Asean bagi menyelesaikan secara aman tuntutan bertindih di laut berkenaan yang kaya dengan sumber.\rDalam perkembangan berkaitan, kedua-dua Vietnam dan Filipina membuat aduan berhubung aktiviti China dan malah gangguan dalam perebutan Laut China Selatan sejak beberapa minggu lalu.\r\n\n\n\n\rChina, Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan semuanya mempunyai tuntutan jajahan di laut berkenaan, yang meliputi laluan penting perkapalan dan dianggap mempunyai rizab minyak dan gas yang belum diteroka.\rTuntutan China setakat ini yang terbesar, membentuk huruf U di kebanyakan kawasan laut seluas 1.7 juta kilometer persegi termasuk kepulauan Spratly dan Paracel. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list