View: 155|Reply: 0
|
Beri peluang remaja terjebak gejala negatif baiki diri
[Copy link]
|
|
MENCEGAH lebih baik daripada mengubati tetapi apabila sudah dijangkiti, jangan sekali-kali berputus harap untuk mencari penawarnya. Lebih-lebih lagi jangan disalahkan takdir atau cuba menunding jari untuk melepaskan diri kerana kesilapannya tidak mustahil datang dari kita sendiri.\rBegitulah yang boleh diperkatakan mengenai gejala negatif yang menjangkiti remaja kita kerana untuk mencegah mungkin sukar tetapi peluang menangani serta mencari jalan penyelesaian masih terbuka luas.\r\n\n\n\n\r Menyedari perlunya mencari kaedah terbaik dan memberi peluang kedua kepada remaja yang pernah melakukan kesilapan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program Kem Juara Remaja Taqwa Siri 2/2011.\r\r\n\n\n\n\n Program dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor serta Kolej Universiti Darul Quran JAKIM itu bertujuan memberi kecerahan dan harapan kepada remaja terjebak gejala sosial untuk kembali menjalani kehidupan lebih baik.\rKetua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Zakuan Sawai, berkata mencari pihak untuk dipersalahkan tidak akan menyelesaikan masalah sedangkan kerosakan terus berlaku.\rKatanya, adalah lebih baik kerosakan yang terjadi diperbaiki supaya tidak merebak menjadi gejala lebih parah ibarat penyakit barah yang dulunya dibiarkan kerana tanggapan ia tidak akan sembuh tetapi kini, pesakit barah masih berpeluang menjalani kehidupan bermakna.\r“Langkah kecil yang diatur mampu mengubah keadaan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama supaya hasrat melihat kerosakan yang berlaku dapat diperbaiki dan tidak terus rosak. Inilah tindakan sepatutnya kita ambil bukan saling salah menyalahkan,” katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, kesilapan yang dilakukan remaja masih boleh diperbetulkan jika kena gayanya kerana bukan seratus peratus kesalahan berpunca daripada mereka, ada disebabkan pengaruh serta tiada pengawasan keluarga.\rKem Juara Remaja Takwa Siri 2/2011 yang diadakan di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Baru, membabitkan 30 remaja perempuan berusia 13 hingga 20 tahun di bawah seliaan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan Selangor\rProgram empat hari bermula 12 Mei lalu mendedahkan peserta kepada perkongsian ilmu, sesi kaunseling, lawatan ke rumah orang tua dan aktiviti berkumpulan. Antara ahli panel ialah Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Hospital Kuala Lumpur, Dr Fauzi Ismail.\rZakuan berkata, bukan mudah remaja yang terjebak gejala tidak sihat mengakui kesilapan tetapi melalui layanan baik, perhatian serta pendekatan mencurahkan kasih sayang, hati mereka terbuka untuk meluahkan apa yang terbuku selama ini.\rMalah katanya, kesediaan fasilitator menjadi pendengar serta memberi tunjuk ajar untuk merubah keadaan, peserta boleh menerima teguran selain bersedia berhijrah kepada mencari kehidupan yang diredai Ilahi.\r“Memang terharu melihat wajah mereka yang penuh dengan penyesalan. Masing-masing mempunyai sejarah mereka sendiri tetapi apabila dibimbing dan diberi nasihat, hati mereka lembut untuk berubah.\r“Cuma harapan kita biarlah usaha itu berterusan dan mendapat sokongan semua yang ada di sekeliling terutama keluarga dan masyarakat. Kesilapan lalu tidak perlu dipersoalkan sebaliknya, hulurkan tangan supaya mereka dapat menyambut dan melakukan perubahan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|