CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Lebuh Seni Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PEMINAT seni di sekitar ibu kota kini mempunyai cara lebih mudah untuk mendapatkan karya yang mereka minati ekoran program bulanan, Lebuh Seni Kuala Lumpur, bertempat di Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka, menjadi pusat sehenti untuk karya seni.\rUsaha untuk mempromosikan karya seni tempatan ini diteruskan lagi penganjuran program Lebuh Seni Kuala Lumpur gerai jualan yang dibuka di sepanjang hadapan Restoran Warisan sehingga ke hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga 10 malam.\r\n\n\n\n\rAntara hasil karya yang boleh dibeli pada program secara santai ini ialah lukisan, ukiran dan kraf tangan garapan pengkarya sekitar Kuala Lumpur yang sebelum ini memasarkan produk mereka secara bersendirian. \r\r\n\n\n\n\nTurut menyertai program terbabit pada siri terbabit ialah pameran karya dari wakil Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Institut Kraf Negara.  \rPengunjung Lebuh Seni Kuala Lumpur turut berpeluang membeli pelbagai jenis makanan dan kuih tradisional Malaysia yang turut dijual pada program terbabit, selain berkesempatan menyaksikan persembahan kesenian yang mendapat perhatian daripada generasi muda dan pelancong asing.\rLebuh Seni Kuala Lumpur anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) diadakan pada Sabtu keempat setiap bulan bertujuan menjadikan lokasi terbabit sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi khususnya peminat hasil seni tempatan.\rPereka Institut Kraf Negara, Razali Ishak berkata, program terbabit adalah medan yang baik bagi mempromosikan hasil kraf tangan tempatan kerana kawasan Dataran Merdeka menjadi tumpuan orang ramai terutama pelancong asing dan program terbabit akan turut menjadi tarikan kepada mereka. \r\n\n\n\n\r“Institut Kraf Negara pada Lebuh Seni Kuala Lumpur bulan lalu cuba mengenengahkan hasil kerja pelajar Jurusan Seni Kraf Rotan dengan membawa beberapa produk siap dan mengadakan demonstrasi membuat kraf tangan untuk dikongsi dengan pengunjung.\r“Kami akan terus menyertai Lebuh Seni Kuala Lumpur dan akan membawa hasil kerja pelajar dari pelbagai jurusan yang kami tawarkan secara bergilir-gilir seperti Seni Kraf Batik, Seni Kraf Tenunan, Seni Kraf Kayu, Seni Kraf Seramik, dan Seni Kraf Logam,” katanya.\rSeorang pelukis, Mohd Jalaludin Ahmad Ramli pula berkata, program terbabit memberi peluang baru kepada pengkarya untuk menunjukkan bakat lukisan mereka kepada umum.\r“Ini pertama kali saya menyertai pameran Lebuh Seni Kuala Lumpur dan akan terus menyertainya jika diberi peluang untuk berbuat demikian kerana ia banyak membantu dalam mempromosikan karya saya,” katanya.\rPada Lebuh Seni Kuala Lumpur yang lalu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan tradisional Wayang Kulit Sri Ansun dan Malaysian Punjabi Bhangra.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.470298 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list