CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Strauss-Kahn tidak mengaku salah kes serangan seksual pekerja hotel

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Bekas ketua pengarah Tabung Mata Wang  Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn, 62, semalam mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja sebuah hotel di New York, dalam satu kes yang menyebabkan beliau hilang jawatan dan peluang bertanding calon Presiden Perancis.\rBeliau yang memakai sut berwarna gelap, tiba di kamar mahkamah bersama isterinya wartawan televisyen Perancis, Anne Sinclair yang berjalan sambil memaut lengannya.\r\n\n\n\n\r Mereka diiringi dua pengawal persendirian yang dibayar bagi menghalang Strauss-Kahn lari daripada ikat jamin.\r\r\n\n\n\n\nPasangan itu berjalan di hadapan sekumpulan anggota media dan pekerja hotel yang datang untuk menyokong rakan mereka yang mendakwa diserang Strauss-Kahn, sambil melaungkan kata-kata ‘kamu sungguh memalukan’.\rStrauss-Kahn berdepan hukuman penjara hingga 25 tahun jika sabit kesalahan   atas dakwaan cuba merogol, melakukan penderaan seksual, jenayah seksual, mengurung secara salah dan mencabul kehormatan.\rHakim Mahkamah Agung New York,  Michael Obus menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.\r“Apabila semua bukti dikemukakan, jelas bahawa tiada tindakan paksaan,” kata peguam bela Strauss-Kahn, Benjamin Brafman kepada wartawan selepas perbicaraan. – REUTERS

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.099311 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list