CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Bundchen supermodel terkaya

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pintar urus kewangan, miliki jenama sendiriLONDON: Model jelita Brazil, Gisele Bundchen menjadi supermodel bilionair pertama dunia, kata majalah perniagaan Forbes.\rAkhbar Sydney Morning Herald melaporkan wanita berusia 31 tahun itu menerima bayaran supermodel tertinggi sejak 2004 dan seorang yang amat pintar menguruskan sumber kewangannya.\r\n\n\n\n\rBeliau juga diramal bakal menjadi bilionair sebaik mencecah usia 32, tahun depan.\r\r\n\n\n\n\nMajalah itu menganggarkan pendapatan tahunannya  berjumlah AS$45 juta (RM135 juta).\r“Bundchen sering tampil dalam kempen jenama fesyen berprofil tinggi seperti Versace dan Dior, tetapi turut menjana pendapatan menerusi jenama sendiri,” kata laporan itu. \rEditor Forbes menyenaraikan kontraknya yang menguntungkan dengan Versace dan Dior, kejayaannya dalam bidang barang perhiasan dan pakaian sukan dan pegangan hartanah di Brazil, Costa Rica dan Brentwood, California antara asetnya.\rBundchen melesenkan namanya dalam beberapa produk termasuk perhiasan dan kosmetik mesra alam serta capal yang dikenali sebagai Grendene.\rAkhbar Korean Herald  melaporkan Mei lalu, Bundchen melancarkan syarikat pakaian dalam dengan rakan kongsi Hope (Victoria Secret versi Brazil) dengan beliau sudah menjadi jurucakap, jelas Forbes.\rSelain melesenkan namanya kepada syarikat itu, seperti selebriti lain, beliau juga mencipta jenamanya sendiri, Gisele Bundchen Brazilian Intimates. Tidak seperti kelaziman, beliau turut memegang saham dalam syarikat.\rWanita itu berjaya menambah lagi pendapatannya sebagai pengarah kreatif bagi rangkaian fesyen Himpunan C&A Bundchen dan bercadang menjual pegangan sahamnya dalam syarikat penjagaan kecantikannya yang diasaskannya tahun lalu, Sejaa Pure Skincare.\rLaporan majalah itu menyebut Bundchen tidak hanya menjadi supermodel bilionair pertama tetapi juga wanita Brazil pertama yang menjadi jutawan dengan usaha sendiri. – Agensi.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060602 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list