|
Beri lebih banyak akses perkhidmatan antarabangsa, kukuh status syarikatPENERBANGAN Malaysia (MAS) akan menyertai gabungan syarikat penerbangan global, Oneworld, yang memberi kelebihan untuk mengakses lebih banyak rangkaian dan perkhidmatan antarabangsa.\rRangkaian perkhidmatan Oneworld kini menjangkau 950 destinasi di 150 negara dengan lebih 2,600 pesawat beroperasi dengan 10,000 penerbangan sehari dan membawa kira-kira 358 juta penumpang setahun.\r\n\n\n\n\r Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS, Datuk Seri Tengku Azmil Aziz, berkata pihaknya akan memeterai perjanjian penyertaan rasmi dalam gabungan berkenaan dalam tempoh 18 bulan lagi. \r\r\n\n\n\n\n Ia, katanya, akan membolehkan pelanggan program keahlian MAS menikmati keistimewaan disediakan 14 syarikat penerbangan utama dunia termasuk peluang menggunakan lebih 550 lounge lapangan terbang antarabangsa.\r“Kita tidak memiliki penerbangan ke semua destinasi tetapi gabungan ini memiliki rangkaian lebih meluas terutama di Amerika Latin dan Utara. Jadi kita boleh menyertai mereka dan menjalin kerjasama lebih rapat selepas ini.\r“Industri penerbangan kini lebih memfokuskan kepada penyertaan dalam gabungan, kami menjalankan kajian secara terperinci mengenai pilihan yang ada dan Oneworld jelas satu opsyen terbaik kepada kami. Masanya sudah tiba untuk menyertai gabungan penerbangan utama global itu,” katanya. \rBeliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlangsung Persidangan Pengangkutan Udara Persatuan Penerbangan Udara (IATA) 2011, di Singapura, semalam.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Ketua Eksekutif Oneworld, Bruce Ashby; Ketua Eksekutif Qantas Airways, Alan Joyce; Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid serta ketua-ketua eksekutif syarikat penerbangan yang menyertai gabungan itu.\rTengku Azmil berkata, penyertaan dalam gabungan itu diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan serta mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan berkualiti.\rBeliau menjelaskan, tempoh 18 bulan sebelum perisytiharan rasmi dibuat nanti akan digunakan sepenuhnya oleh MAS untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dengan ahli gabungan membabitkan jenis kerjasama dan perkongsian data.\rSehingga kini, tiga syarikat penerbangan yang juga ahli gabungan Oneworld iaitu Cathay Pacific, Japan Airlines serta Royal Jordanian sudah memiliki penerbangan ke negara ini.\rSementara itu, Joyce berkata, Qantas tampil menjadi penaja kemasukan MAS ke dalam gabungan terbabit berdasarkan reputasi perkhidmatan pelanggannya yang terbaik sesuai dengan fokus pakatan itu sendiri.\rSebelum ini, akhbar melaporkan penganalisis industri penerbangan yakin MAS menyertai pakatan Oneworld, yang turut dianggotai Qantas dan British Airways.\rMereka berkata, pemangkin bagi keputusan itu adalah pembabitan Qantas dalam Oneworld dan juga kejayaan dicapai oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\rKini, Oneworld menggabungkan syarikat penerbangan terbesar dan terbaik di dunia termasuk American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, LAN, Malev Hungarian Airlines, Mexicana, Qantas, Royal Jordanian dan S7 Airlines serta sekutu lain termasuk American Eagle, Dragonair, LAN Argentina, Lan Ecuador dan LAN Peru.\rDua lagi syarikat penerbangan iaitu Airberlin dan Kingfisher turut dipilih menyertai gabungan itu bermula awal 2012.\rOneworld menawarkan lebih banyak perkhidmatan berbanding syarikat penerbangan lain di seluruh dunia termasuklah rangkaian laluan, mendapat pungutan mata penerbangan serta menawarkan lebih banyak kadar tambang berbanding pesaingnya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|