CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Surat: Keberkesanan sistem kad debit perlu dikaji semula

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KEMUDAHAN kad debit yang diperkenalkan kebanyakan bank sejak beberapa tahun lalu  memang diakui satu langkah bijak yang memudahkan pengguna ketika berbelanja. Ini kerana, pengguna tidak perlu lagi membawa banyak wang tunai untuk membeli-belah dan pada masa sama mengelakkan mereka terlalu bergantung kepada kad kredit yang lebih membebankan.\rNamun, dalam kecanggihan teknologi dan kemudahan yang disediakan ini, nyata masih banyak kelemahan dan risiko yang terpaksa dihadapi pengguna. Apatah lagi, kad debit bukan seperti kad kredit yang selalunya dimiliki oleh orang berkemampuan. \r\n\n\n\n\r  Saya sering menggunakan kad itu untuk berbelanja dan menghadapi masalah dikenakan dua kali bayaran.  \r\r\n\n\n\n\n  Kejadian pertama berlaku ketika saya membeli pakaian anak di sebuah kedai pakaian bayi di kompleks beli-belah di Seri Kembangan. Jumlah pembelian adalah RM510 dan seperti biasa saya membuat pembayaran menggunakan kad debit. \rSelepas dimasukkan jumlah harga, saya diminta menekan nombor pin tetapi selepas terlalu lama menunggu pengesahan, mesej menyatakan transaksi terlalu lama terpampang di skrin.\rJuruwang mengulangi proses itu dan saya sekali lagi diminta menekan nombor pin dan kali ini berjaya. Lega rasanya, namun selepas balik ke rumah dan disemak transaksi dalam laman web, didapati berlaku dua kali pembayaran untuk jumlah RM510 itu. \rDua hari lalu, sekali lagi saya mengalami nasib sama selepas dua kali menggunakan kad debit. Nasib baik jumlahnya kecil tetapi tetap dianggap menyusahkan. Kali ini, pembayarannya  RM253 dibuat di sebuah restoran Jepun di kompleks berkenaan. \r\n\n\n\n\rKeadaannya sama, iaitu gagal untuk transaksi pertama dan berjaya untuk kali kedua, semak di laman web, ternyata berlaku dua kali pembayaran.\rSaya yakin kejadian ini akan berulang menyebabkan saya serik untuk menggunakan kemudahan ini pada masa depan. \rSewajarnya pihak bertanggungjawab sama ada Bank Negara atau bank itu sendiri perlu melihat keberkesanan sistem mereka. \rPENGGUNA SERIK,Serdang, Selangor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.675396 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list