CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

'Eh karya aku 'meletup'

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana lindungi hak cipta daripada diplagiat\rISU karya diciplak tanpa persetujuan penulis asal masih terjadi sehingga hari ini, meskipun Malaysia sudah menggubal undang-undang Akta Hak Cipta pada 1987 bagi melindungi kepentingan orang sastera, muzik dan karya seni lain.\r\n\n\n\n\rSenario menuding jari mencari kesilapan orang lain seakan sebati dalam masyarakat negara ini, meskipun ia bukan tindakan bijak bagi pengkarya dalam meredakan ketegangan dan amarah berhubung perbuatan tidak bertanggungjawab dalam hal ini.\r\r\n\n\n\n\nKebanyakan penulis terutama golongan muda mengambil mudah dan tidak sedar akan adanya peruntukan undang-undang bagi melindungi hak dan penat lelah mereka menghasilkan karya bermutu dan bermanfaat.\rKetua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Normah Bajuri, berkongsi maklumat berhubung kepentingan penulis melindungi hak cipta karya mereka melalui Akta Hak Cipta 1987.\r“Akta itu memberi perlindungan eksklusif kepada pengkarya dalam mengawal penerbitan semula untuk tujuan lain bagi suatu tempoh masa. Isu berkaitan karya disalah guna sepatutnya tidak diperbesarkan sekiranya penulis arif mengenai cara melindungi hak mereka.\r“Hak cipta nadi utama pengkarya tempatan kerana ia pengiktirafan masyarakat kepada penulis dan apabila suatu hakikat bahawa karya yang dicetak menjana kepuasan maksimum kerana ia tidak mampu dinilai dengan wang ringgit,” katanya ketika memperkatakan hak cipta bersempena Minggu Penulis Remaja 2011 di Ayer Kroh, minggu lalu.\r\n\n\n\n\rNormah mengingatkan pengkarya agar menjalankan tanggungjawab memahami jenis karya yang dilindungi di bawah akta ini, tempoh perlindungan dan prinsip asas hak cipta yang menjadi perkara asas dalam memastikan karya yang dihasilkan terjamin haknya.\rBeliau simpati dengan sesetengah penulis yang tidak pasti sama ada penulisan mereka boleh dianggap sebagai hasil karya yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta atau tidak kerana ceteknya pengetahuan berkenaan akta terbabit.\rBerdasarkan Seksyen 3, Akta hak Cipta 1987, karya sastera termasuk novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair, lakonan, drama, koreografi, treatis, biografi, sejarah, karangan, artikel, kamus, ensiklopedia, surat, laporan, memorandum, syarahan mahupun ucapan turut dilindungi.\r“Penulis perlu tahu idea atau konsep yang belum diterjemahkan dalam bentuk penulisan, prosedur, teks rasmi kerajaan yang bersifat perundangan atau peraturan dan karya yang telah tamat tempoh tak dilindungi hak ciptanya,” ujarnya.\rTempoh perlindungan hak cipta karya sastera adalah sepanjang hayat penulis dan 50 tahun selepas kematiannya, selain karya menggunakan nama samaran atau pena, perlindungan hak cipta diberikan kepada nama pena sahaja, sekalipun penulis mendedahkan nama sebenar selepas diterbitkan. \rBagi penulis bukan warganegara, hak mereka dilindungi di bawah Akta Hak Cipta sekiranya karya pertama mereka diterbitkan di Malaysia dan perlindungan hak cipta di Malaysia adalah automatik, tanpa sebarang keperluan pendaftaran secara formal.\r“Bagaimanapun, langkah melindungi hak sebagai pengkarya perlu dilakukan dengan meletakkan notis hak cipta pada karya, membuat akuan berkanun dan poskan sesalinan karya asal ke alamat sendiri.\r“Kebanyakan penulis mempunyai identiti sendiri dalam pengolahan dan lenggok penulisan dan mudah untuk mengenal pasti karya yang ditiru jika dicedok daripada tulisan penulis terkemuka seperti Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) Usman Awang dan Allahyarham Chairil Anwar,” jelasnya.\rBagi mengelakkan pelanggaran hak cipta, penulis hanya dibenarkan menghantar karya kepada satu syarikat penerbitan pada suatu masa kerana ditakuti karya yang dihasilkan diterbitkan oleh dua penerbit berbeza dan sekirnaya berlaku ia menyalahi undang-undang.\rSungguhpun demikian, penulis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana syarikat penerbitan juga perlu mengambil berat dan sedar mengenai hak cipta bagi mengelakkan pertikaian dan sebarang masalah timbul.\rNormah memberi contoh, jika sesebuah syarikat penerbitan mahu menterjemahkan karya seseorang pengkarya dalam bahasa lain, mereka mesti mendapatkan keizinan secara bertulis daripada penulis asal karya terbabit.\r“Begitu juga dari sudut pembayaran royalti, persetujuan secara bertulis yang diperakui oleh syarikat penerbitan dan penulis perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah pada masa depan. Justeru sebelum penulis menghantar karya, ada baiknya memahami konsep asas hak cipta,” tegasnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050592 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list