CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Analisis Saham: SAPURACREST Petroleum Berhad

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAPURACREST Petroleum Berhad (SCREST) membekalkan perkhidmatan dan peralatan kepada industri berkaitan tenaga, marin serta minyak & gas.\rIa kini turut meneroka peluang dalam segmen fabrikasi berkaitan perkapalan apabila pada 1 Jun lalu mengumumkan memeterai perjanjian dengan Realmild Sdn Bhd dan Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd (LSE) bagi memiliki 50 peratus pegangan dalam LSE.\r\n\n\n\n\r  LSE memiliki tapak fabrikasi seluas 32 ekar dalam kawasan pelabuhan Victoria Harbour di Labuan. Ia mempunyai kapasiti tahunan kira-kira 36,000 tan setahun.\r\r\n\n\n\n\n  CIMB Research dalam nota penyelidikannya pada 2 Jun 2011 melihat pemilikan 50 peratus pegangan dalam LSE itu sebagai satu langkah yang baik buat SCREST yang mana ia dijangka membantu mengembangkan pasarannya pada peringkat tempatan dan serantau dan dijangka membantu meningkatkan keuntungan dengan lebih pantas.\rSCREST membayar RM25 juta bagi memiliki 50 peratus ekuiti itu. Baki 50 peratus ekuiti dipegang oleh Realmild, yang selama ini menyewa pajak tapak di Labuan itu dengan kadar sewa pajak dilaporkan  RM7 juta setahun, katanya.\r“Kami difahamkan SCREST berhasrat meningkatkan lagi nilai tempahan di tapak fabrikasi itu sepanjang 12 bulan akan datang. LSE kini memiliki nilai tempahan sekitar RM250 juta,” kata firma penyelidikan itu.\rSementara menantikan tapak fabrikasi itu menerima sebarang tempahan baru, CIMB Research mengekalkan unjuran harga saham SCREST pada RM5.12 sesaham.\r\n\n\n\n\rBiarpun memiliki tapak fabrikasi dengan keluasan 32 ekar dan tempahan bernilai RM250 juta, LSE setakat ini dilihat bukan menjadi persaingan kepada Kencana Petroleum Bhd yang memiliki tapak seluas 220 ekar dan nilai tempahan yang bernilai  kira-kira RM1.5 bilion.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044192 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list