CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Temu duga jambatan spagheti

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS anak saya mendapat 12 A  dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  kami  gembira kerana insya-Allah dimudahkan cita-citanya  mengambil jurusan perubatan.  Kami  membuat permohonan biasiswa secara online dan mendapati perlu memilih sama ada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Kami memilih MARA kerana menyangka JPA terlalu banyak persaingan terutama daripada bukan Bumiputera dan terlalu banyak temu duga yang perlu dilalui.\rAnak saya menghadiri temu duga di Shah Alam yang mana temu duga dijalankan secara berkumpulan. Mereka diuji membuat jambatan menggunakan spagheti tanpa ada sesi pengenalan diri.\r\n\n\n\n\r  Itu amat mengejutkan kami, seakan-akan hanya mengambil syarat kehadiran dan  senarai penerima biasiswa sudah ada  dalam tangan mereka. Di manakah letaknya ketelusan?   Ternyata telahan kami tepat, jawapannya ‘Maaf anda gagal’. \r\r\n\n\n\n\n  Cubaan kami  menghubungi MARA untuk mendapatkan punca kegagalan tidak berhasil berikutan tiada yang menjawab panggilan. \rAnak saya kemudian ditawarkan ke Tamhidi Perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tetapi  terpaksa memohon semula biasiswa Kementerian Pelajaran.\rBerdasarkan kenyataan akhbar, semua pelajar 9A+ sepatutnya mendapat biasiswa secara automatik, termasuk untuk kursus asasi dalam negara.\rApabila ditanya kepada JPA, mereka berkata anak saya tidak layak memohon kerana sudah memilih membuat permohonan ke Program Ijazah Luar Negara (PILN) MARA sebelum ini. \r\n\n\n\n\rDi manakah pembelaan untuk anak Melayu cemerlang, yang dibiarkan masuk matrikulasi dan dan dilupakan dan menerima segala-galanya sebagai takdir. \rSaya bukannya meminta anak saya membuat kursus perubatan di luar negara. Apa yang kami kesalkan ialah kerana tiada pembelaan daripada JPA atau MARA. \rDi mana lagi harus kami memohon untuk biasiswa pelajar cemerlang? Kami  amat keliru dengan sistem pemberian biasiswa JPA dan MARA. \rKami berharap mendapat respons daripada MARA dan JPA dan bukan hanya sekadar jawapan melepas batuk di tangga.\rBUDZ,\rTaman Melawati, Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.467261 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list