CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Pendakwa ICC harap rakyat tangkap Gaddafi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MADRID: Pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Luis  Moreno-Ocampo berkata beliau berharap pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan ditangkap rakyatnya sendiri dalam beberapa minggu lagi di atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.\r“Kami sangat berharap waran tangkap (untuk berdepan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan) akan diserahkan kepada Gaddafi dan beliau akan ditangkap oleh  rakyatnya,” katanya  ketika  memberitahu akhbar harian Sepanyol, El Mundo.\r\n\n\n\n\rMoreno-Ocampo berkata beliau yakin panel hakim ICC akan membuat keputusan yang memihak kepada tangkapan Gaddafi dalam beberapa minggu lagi.\r\r\n\n\n\n\n“Kami beranggapan Gaddafi akan ditangkap rakyatnya, iaitu anggota rejimnya sendiri dan jika bukan anggota rejimnya, mungkin ia akan dilakukan  oleh pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan,” katanya.\rBulan lalu, pendakwa ICC itu berkata beliau  berusaha mendapatkan waran tangkap terhadap tiga orang yang didakwanya bertanggung jawab terhadap jenayah  kemanusiaan, iaitu Gaddafi, anaknya Seif Al-Islam dan ketua risik Libya, Abdallah Al-Senoussi.\rTimbalan Menteri Luar Libya Khaled Kaaim, berkata Tripoli tidak bimbang terhadap keputusan ICC berikutan negara Arab itu   bukan anggota  Statut Rome yang menubuhkan mahkamah antarabangsa terbabit. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.375118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list