View: 197|Reply: 0
|
Pitt, Jolie bantu mangsa taufan
[Copy link]
|
|
LONDON: Pasangan Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan mendermakan sejumlah AS$500,000 (RM1.5 juta) bagi usaha bantuan mangsa taufan di bandar Joplin, Missouri.\rPitt yang membesar di bandar berhampiran, Springfield mendedahkan bahawa beliau terkejut dengan kemusnahan disebabkan taufan bulan lalu yang memusnahkan seluruh bandar itu dan meragut nyawa lebih 120 penduduk.\r\n\n\n\n\r “Dengan kemusnahan mencecah hampir 30 peratus di bandar terbabit, masyarakat Joplin bakal berhadapan dengan cabaran besar. Dengan menghabiskan banyak zaman kanak-kanak saya di sana, saya tahu penduduk di sana begitu bekerja keras, merendah diri dan mempunyai daya tahan,” kata Pitt dalam satu kenyataan yang dipetik Contactmusic.com.\r\r\n\n\n\n\n Mereka dilaporkan menyerahkan cek kepada Community Foundation of the Ozarks, sebuah pertubuhan yang membantu usaha membangunkan semula bandar itu dalam tempoh yang panjang.\r“Community Foundation of the Ozarks akan bekerjasama rapat dengan penduduk Joplin dalam jangka panjang supaya mereka dapat membina semula kehidupan. \r“Kami juga berharap supaya dapat membantu lagi untuk usaha pemulihan ini,” katanya.\r“Hati kami adalah kepada keluarga di Joplin yang berhadapan dengan terlalu banyak kehilangan,” kata Jolie. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|