CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Tawaran Maybank akhir bulan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat sedang muktamad aspek teknikal ambil alih RHB Capital \rMALAYAN Banking Bhd (Maybank) akan mengemukakan tawaran rasminya bagi  mengambilalih RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd pada akhir bulan ini.\r\n\n\n\n\r  Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata kumpulan perbankan itu kini dalam proses memuktamadkan pe-rincian aspek teknikal tawaran yang bakal dikemukakan kepada Lembaga Pengarah RHB Capital itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Keputusan untuk mengemukakan tawaran itu diputuskan setelah kami mendapati pengambilalihan RHB Capital mampu menambah nilai kepada kumpulan, selain berupaya mengukuhkan saiz kumpulan untuk bersaing di pasaran global.\r“Jika kami berjaya, ia akan memberikan kami saiz yang lebih besar. Tanpa saiz yang besar, sukar untuk sesebuah entiti perbankan bersaing dengan kumpulan perbankan antarabangsa lain yang sudah la-ma menempa nama di persada global.\r“Justeru, kami melihat pengambilalihan itu dapat membantu merangsang prestasi kumpulan, seterusnya mampu bersaing di peringkat global dan bertindak balas kepada pasaran dengan lebih cepat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) Maybank di Kuala Lumpur semalam.\rHadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Kewangan Maybank, Khairussaleh Ramli.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Wahid berkata, Maybank yang sedang mengadakan rundingan dengan pemegang saham utama RHB Capital, mungkin menggunakan kaedah pertukaran saham bagi pengambilalihan berkenaan.\r“Kami sedang berunding dengan semua pemegang saham utamanya (RHB Capital), termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (yang memegang 44.7 peratus kepentingan), dan dengan Abu Dhabi Commercial Bank (memegang 25 peratus).\r“Antara opsyennya pula (bagi membiayai pengambilalihan RHB Capital itu) ialah pertukaran saham,” katanya tetapi tidak mendedahkan perincian berhubung perkara itu.\rPenganalisis berkata, berdasarkan kepada jumlah modal saham berbayar dan harga semasa saham RHB Capital, kumpulan perbankan tempatan kelima terbesar itu dianggarkan bernilai RM21.19 bilion.\rPada EGM semalam, pemegang saham Maybank meluluskan penubuhan skim saham pekerja (ESS) berjumlah sehingga 10 peratus modal saham terbitan dan berbayar kumpulan itu.  \rESS membabitkan kos RM1.15 juta itu bertujuan menyemak semula jumlah keseluruhan struktur imbuhan pekerja kumpulan perbankan itu sebagai sebahagian daripada strategi imbuhan keseluruhannya untuk menyediakan ganjaran, faedah dan peluang pembangunan kerjaya yang berterusan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.211180 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list