CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Christchurch bergegar lagi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
  Gempa bumi punca bekalan elektrik terputus, bangunan runtuh\rWELLINGTON: Beberapa siri gempa susulan melanda bandar Christchurch semalam, bandar yang pernah dilanda gempa bumi besar Februari lalu, meruntuhkan satu bangunan di antara beberapa lagi bangunan yang masih berdiri di kawasan bandar dan menyebabkan bekalan elektrik di beribu-ribu kediaman terputus.\r\n\n\n\n\r  Kira-kira 200 orang berada di kawasan gempa bumi semalam dan dua mangsa masih terperangkap dalam gereja, manakala 10 lagi cedera.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami diselaputi debu. Ia sangat menakutkan,” kata Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker kepada radio nasional New Zealand.\rPenduduk di bandar itu keluar dari bangunan dalam keadaan panik apabila gempa berukuran 5.2 magnitud melanda ketika  waktu makan tengah hari, dan sejam kemudian gegaran berukuran 6 magnitud melanda, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat.\rDi pusat bandar dan pinggir bandar, beberapa bangunan turut rosak.\rAkhbar NZ Herald melaporkan  50 bangunan berkemungkinan runtuh dalam kejadian gempa bumi itu.\rGegaran turut dirasai sejauh Wellington dan Invercargill. Terminal lapangan terbang Christchurch kembali dibuka tetapi pemeriksaan landasan diteruskan. Penerbangan dijangka lewat. \rJambatan di Jalan Gayhurst, Avonside turut runtuh berikutan gempa itu, manakala beberapa lagi jambatan ditutup.\rStesen bersejarah Lyttelton Timeball Station yang rosak dalam gempa bumi Februari lalu turut runtuh.\r“Semua kedai runtuh. Separuh daripada bumbung jatuh tetapi tidak runtuh keseluruhan,” kata pekerja Domino’s Pizza, Renee Murray.\rBandar itu digegarkan ratusan gempa susulan sejak gempa bumi berukuran 6.3 magnitud membunuh 181 orang pada 22 Februari. Seperti gegaran sebelum ini, dua gempa besar semalam terjadi dalam hanya dalam kedalaman 10 kilometer, menurut USGS.\rKira-kira 47,000 kediaman di timur bandar mengalami gangguan tenaga elektrik ketika penduduk berdepan dengan cuaca musim sejuk.  \rBatu bergolek menuruni bukit di kawasan  paling teruk dilanda gempa pada Februari apabila mendapan menggelembung dari bumi, satu proses yang dikenali sebagai ‘liquefaction’ yang kadangkala terjadi ketika kejadian gempa.   \r–  AP/ Agensi\rINFO: GEMPA DI CHRISTCHURCH  \rSelepas gempa pada Februari lalu, 300,000 tan mendapan memenuhi bandar dan mendapan memenuhi bandar dan menjadikan ribuan rumah tidak boleh didiami.\rDalam kejadian semalam, kenderaan SUV terjerumus memasuki lubang besar yang terjadi akibat gempa, manakala kereta polis tertimbun antara satu sama lain.\rDengan kerosakan di pusat bandar bermakna ada bangunan yang sudah diselamatkan kini mengalami kerosakan yang teruk.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.444712 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list