View: 229|Reply: 0
|
Gaddafi sempat main catur
[Copy link]
|
|
TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sempat bermain catur dengan Presiden Persekutuan Catur Sedunia (FIDE), Kirsan Ilyumzhinov, kelmarin ketika negaranya dilanda pemberontakan.\rIlyumzhinov berkata beliau mendapati Gaddafi kelihatan tenang ketika pertemuan itu.\r\n\n\n\n\r“Kami bermain catur dan bersembang,” kata warga Russia itu yang mencetuskan kontroversi dengan beberapa kali mendakwa pernah berjumpa makhluk asing.\r\r\n\n\n\n\nIlyumzhinov, yang melawat Tripoli di atas kapasiti sebagai presiden FIDE.\r“Gaddafi memberitahu beliau tidak akan meninggalkan Libya, menegaskan negara itu adalah tanah airnya dan bumi di mana anak dan cucunya mati. Beliau turut berkata yang beliau tidak faham jawatan mana yang perlu beliau lepaskan.\r“Saya bukannya perdana menteri atau presiden atau raja. Saya tidak memegang sebarang jawatan di Libya dan justeru itu, saya tiada jawatan yang perlu dilepaskan,” Ilyumzhinov memetik kata-kata Gaddafi yang memberitahunya.\rIlyumzhinov, yang turut bertemu dengan menteri luar negara dan pendidikan turut melihat kemusnahan di bandar Tripoli.\r\n\n\n\n\rBeliau turut melahirkan ucapan takziah kepada Gaddafi atas kematian anak dan cucu. Beliau turut dibawa ke kediaman yang musnah oleh lima bom di mana anggota keluarga pemimpin itu mati.\rIlyumzhinov adalah ketua Buddha di wilayah Kalmykia, Russia antara 1993 dan 2010. – AFP/Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|