|
Masuk senarai bayaran tertinggi\rLOS ANGELES: Penyanyi remaja Justin Bieber muncul selebriti di bawah umur 30 tahun yang mendapat bayaran kedua paling tinggi dalam senarai terbaru, majalah bisnes Forbes.\r\n\n\n\n\rMenurut laman web berita dan gosip selebriti, OMG! yang dikendalikan Yahoo! penyanyi berusia 17 tahun itu adalah paling muda dalam senarai 20 selebriti yang meraih pendapatan tertinggi sejak 12 bulan lalu sehingga Mei.\r\r\n\n\n\n\nBieber peroleh AS$53 juta (RM150 juta) dalam tempoh itu, manakala penyanyi Lady Gaga mengungguli senarai dengan pendapatan AS$170 juta (RM510 juta).\rDua puluh selebriti bawah umur 30 tahun teratas dalam senarai berkenaan secara berkumpulan meraih pendapatan AS$690 juta (RM2 bilion) bagi tempoh Mei 2010 hingga Mei 2011.\rBieber antara tujuh penyanyi dalam senarai berkenaan yang turut mengumpulkan pelakon dan ahli sukan.\rLady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, muncul di tempat pertama berikutan konsert yang diadakannya sejak tahun lalu.\r\n\n\n\n\rSelain 137 konsert di 22 negara itu, Lady Gaga turut meraih pendapatan AS$90 juta (RM270 juta) hasil jualan 15 juta album.\rPenyanyi, Rihanna di tempat ke-10 dalam senarai Forbers meraih AS$29 juta (RM90 juta). – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|