View: 206|Reply: 0
|
Debu ancam ruang udara Eritrea
[Copy link]
|
|
Penerbangan dari Arab Saudi batal, dijadual semula ekoran gunung berapi\rRIYADH: Beberapa penerbangan dari Arab Saudi ke destinasi di Afrika termasuk ke Eritrea, Habsyah, Sudan dan Djibouti dibatalkan atau dijadual semula selepas debu tebal memasuki ruang udara Eritrea berikutan letusan gunung berapi.\r\n\n\n\n\rJurucakap Saudi Arabian Airlines, Abdullah Al-Azhar, berkata penerbangan domestik ke Tabuk dan beberapa destinasi lain juga terjejas akibat debu itu.\r\r\n\n\n\n\nArab Saudi dan Jordan dijangka terjejas ekoran debu itu dan pihak syarikat penerangan berkenaan meneliti laporan terbaru mengenai pergerakannya.\r“Debu itu dijangka tiba di ruang udara Arab Saudi hari ini,” kata seorang pegawai syarikat penerbangan Afrika yang memetik ramalan Pusat Nasihat Pergerakan Debu Gunung Berapi (VACC) yang berpusat di Perancis.\rDebu itu juga dijangka menjejaskan ruang udara di Mesir, Sudan, Israel, Yaman dan Iraq.\rSebuah gunung berapi yang tidak aktif meletus di Eritrea menyembur debu setinggi 13.5 km ke udara, kata VACC. \r\n\n\n\n\rSementara itu di SYDNEY, lebih banyak penerbangan Australia dibatalkan semalam disebabkan debu dari gunung berapi Chile, kali ini sebesar sebuah lapangan terbang bersaiz sederhana, ketika syarikat penerbangan berusaha menerbang keluar penumpang yang terkandas selama dua hari di Melbourne.\rSyarikat penerbangan nasional Qantas dan syarikat penerbangan tambang murah Jetstar, berkata mereka merancang untuk menambah kapasiti ke Melbourne, bandar kedua terbesar Australia dan berharap menerbangkan semua penumpang semalam.\rLebih 60,000 penumpang terkandas akibat gangguan itu, yang muncul di tengah cuti hujung minggu tiga hari di Australia. Tidak jelas berapa ramai penumpang terkandas di Melbourne ketika penerbangan diteruskan di sana. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|