CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Pemberi maklumat CIA ditahan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pakistan bertindak selepas serbuan tentera laut AS SEAL bulan lalu\rWASHINGTON: Agensi perisikan tentera Pakistan menahan lima pemberi maklumat warga Pakistan yang membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam serbuan yang mengorbankan Osama bin Laden, lapor akhbar The New York Times semalam.\r\n\n\n\n\rLelaki yang ditahan, termasuk seorang mejar tentera Pakistan, dikatakan memalsukan plet kereta dan memandu sehingga ke perkarangan kediaman Osama di Pakistan.\r\r\n\n\n\n\nPenangkapan itu berlaku di tengah hubungan tegang di antara Washington dan Islamabad selepas serbuan tentera laut Amerika Syarikat, SEAL, bulan lalu itu.\rSeorang pegawai keselamatan Pakistan memberitahu AFP di Islamabad agensi Direktorat Perisikan Dalaman Pakistan (ISI) enggan mengulas laporan terbabit.\rPengarah CIA, Leon Panetta menyuarakan nasib pemberi maklumat agensi itu ketika rundingan bersama pegawai tentera dan perisikan Pakistan di Islamabad minggu lalu, kata pegawai Amerika kepada  Times.\rDalam satu taklimat tertutup minggu lalu, Timbalan Pengarah CIA menilaikan kedudukan kerjasama antikeganasan Pakistan dengan Amerika hanya di paras tiga daripada 10.\r\n\n\n\n\rKetegangan antara kedua-dua negara muncul ketika Presiden Barack Obama mahu menamatkan perang di negara jiran Pakistan, Afghanistan.\rDuta Pakistan ke Amerika, Husain Haqqani memberitahu  Times bahawa CIA dan ISI “sedang berusaha untuk mencapai satu bentuk persefahaman dalam kerjasama bagi memerangi ancaman keganasan. Tidak wajar bagi kami untuk mendapatkan perincian mengenainya pada peringkat ini.”\rPegawai Amerika juga memberitahu akhbar bahawa sejak beberapa bulan lalu perisik ISI enggan menjalankan operasi pengawasan untuk CIA, enggan meluluskan visa bagi membenarkan pegawai perisikan Amerika beroperasi di Pakistan selain mengancam untuk meletakkan lebih banyak sekatan ke atas pesawat hendap Amerika. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.373149 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list