CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

Khasiat susu lembu China seperti susu manusia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING: Saintis China menghasilkan sekumpulan lembu yang diubah suai secara genetik dan mampu mengeluarkan susu seperti  susu manusia, menghasilkan formula alternatif di sebuah negara yang dilanda skandal pencemaran susu tepung.\rPenyelidik Makmal Utama Negeri bagi Afrobioteknologi di Universiti Pertanian China memperkenalkan kod genetik manusia dalam DNA embrio lembu tenusu Holstein sebelum memindahkan embrio terbabit kepada lembu lain.\r\n\n\n\n\r   Pada 2003, selepas bertahun-tahun menguji tikus, mereka berjaya menghasilkan lembu pertama yang boleh menghasilkan susu dengan kandungan khasiat sama seperti susu manusia, tetapi dengan rasa  lebih kuat dan lebih manis.\r\r\n\n\n\n\n   “Susu yang diubah suai secara genetik adalah 80 peratus sama dengan susu ibu manusia,” kata Li Ning, profesor dan pengarah projek yang juga ketua penyelidik.\r“Susu lembu yang diubah suai mengandungi beberapa khasiat utama susu manusia terutama protein dan antibodi yang dipercayai baik untuk kesihatan dan boleh meningkatkan sistem imunasi badan.”\rLebih 300 klon ternakan itu kini hidup di sebuah ladang eksperimen di Beijing dengan anak baru dilahirkan setiap minggu.\rKumpulan Li yang disokong oleh sebuah syarikat bioteknologi China utama menyasarkan untuk memiliki susu yang mampu dimiliki di pasaran dalam masa tiga tahun.\r\n\n\n\n\rHasil usaha mereka menyusuli skandal toksin dan racun yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam sektor tenusu China dan produknya. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.487199 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list