CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Budaya salam kukuh organisasi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Mampu pererat silaturahim dengan pelanggan\rALHAMDULILLAH, setiap hari kita bekerja dan berhubung dengan masyarakat sama ada secara berdepan mahupun dalam bentuk maya. Perjumpaan menyebabkan kita perlu berkomunikasi melalui perbualan, perbincangan atau permesyuaratan.\r\n\n\n\n\r  Dalam teori organisasi, pelbagai kaedah komunikasi berkesan untuk menjalin hubungan dan  suasana kerja  sesuai. Umat Islam dianugerahkan  ucapan komunikasi  istimewa sebagai pembuka dan penutup tirai percakapan yang turut mengandungi doa. \r\r\n\n\n\n\n  Ucapan salam diucapkan sebelum percakapan seperti  dinyatakan  Rasulullah SAW, salam sebelum kalam (percakapan) mendapat pahala bagi yang mengucapkannya dan menjadi hak kepadanya menerima jawapan balas daripada orang menerima ucapan salam daripadanya. \rUlama bersetuju hukum menjawab salam adalah wajib berbanding hukum memberi salam yang sunat. Ini bererti setiap orang  mengucapkannya dengan maksud doa kepada yang lain pasti mendapat hak untuk  didoakan melalui jawapan salam itu. \rBahkan kita dianjurkan  menjawab salam dengan  lebih baik  daripada apa yang diterima. Firman Allah  bermaksud: “Apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86) \rJusteru, membudayakan salam  memberi nilai tambah kepada diri serta sahabat. Seseorang yang mengucapkannya tidak rugi kerana salam bukan sekadar ucapan selamat, pembuka dan penutup bicara malah ia ucapan penghuni syurga yang saling berdoa  memohon Allah menganugerahkan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan.\r\n\n\n\n\rImam Abu Hurairah diriwayatkan  mengucapkan salam kepada ibunya sebelum keluar rumah. Ia dilakukan untuk mendapat jawapan salam atau doa daripada ibunya supaya apa yang akan dilakukan sama ada berjihad, berniaga dan beribadat akan mendapat kesejahteraan, kerahmatan serta keberkatan Ilahi. \rKita biasanya memberi salam sebelum memasuki rumah dan amat jarang sekali semasa meninggalkannya. Adalah baik kita mencontohi Abu Hurairah dengan memberi salam kepada ahli keluarga sebelum keluar rumah.\rApabila membudayakan salam khasnya dalam organisasi, beberapa etika perlu difahami. Pertama, sebaik-baiknya ia dimulakan pemimpin atasan kepada stafnya sebagai teladan. Menjadi sunnah Rasulullah SAW mendahulukan memberi salam termasuklah kepada kanak-kanak.\rMalah, Rasulullah SAW menganjurkan supaya yang berkenderaan memberi salam kepada  pejalan kaki, berjalan kaki kepada yang duduk, kumpulan sedikit memberi salam kepada yang ramai dan muda  kepada yang tua.\rKedua, hendaklah memberi salam sesama Islam tanpa mengira sama ada mengenalinya atau tidak. Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, berkata: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Islam bagaimana yang terbaik? Jawab Baginda: Anda memberi makan dan salam kepada seseorang yang dikenali atau tidak dikenali.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) \rKetiga, mengucapkannya dengan ikhlas  mendapat keredaan Allah dan mengamalkan sunnah Nabi SAW. Imam al-Ghazali dalam Ihya’nya berkata, lidah orang  beriman itu di belakang hatinya, iaitu apa  disebut  lidah difahami hatinya. Sedangkan lidah orang munafik itu di hadapan hatinya. Apabila lidah menyebut, tidak difahami  hatinya. Ertinya hati dan lidah tidak seiringan. Justeru, sampaikan  salam dengan suci hati supaya meninggalkan kesan  mendalam dalam perhubungan.\rDalam konteks pengurusan di tempat kerja, ucapan salam boleh dibudayakan ketika berurusan dengan pelanggan, ketika memulakan mesyuarat, ucapan dan taklimat, ketika bertemu, menjawab telefon dan mengetuk pintu pejabat.\rImpak positif  akan diperoleh oleh warga organisasi daripada budaya salam ini selain  amalan pembuka bicara serta saling mendoakan, ia mengeratkan silaturahim. \rHubungan baik  warga organisasi antara penentu  keselesaan bekerja.   Melalui ucapan salam, hati bersedia  berbicara dan mampu mengikis penyakit hati seperti benci, prasangka dan hasad di samping memancarkan keselesaan rasa selain  mendapat pahala. \rSangat menarik jika ucapan salam ini dihalusi supaya menjadi  mudah dibudayakan dalam kehidupan termasuk  dalam organisasi. Oleh itu, jadikan lidah sebagai modal perkhidmatan dan pengukuh silaturahim supaya keuntungan dunia dan akhirat dapat diraih  melalui keunikan anugerah salam.\rPenulis ialah Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.543198 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list