CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Konsep larangan pastikan kehidupan manusia aman

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KITA berada jauh ke hadapan dalam teknologi dan ilmu pengetahuan. Kemudahan  komunikasi dalam kehidupan  lebih jauh berbanding masa silam. Kita melihat kemajuan berlari pantas walaupun ada kebaikan dan keburukan hasil  kemajuan itu.\rIlmuwan  semakin ramai tetapi masih tidak mampu  dibandingkan dengan  cendekiawan terdahulu. Kita masih ketandusan pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Cara pemikiran berbeza dan permasalahan baru kian banyak melanda manusia. \r\n\n\n\n\r  Perkara ini  dijelaskan Baginda SAW dalam sabdanya bermaksud: “Akan datang satu masa di mana kamu akan mendapati amat ramai mereka yang belajar tetapi sukar  melahirkan  ulama  berwibawa.”\r\r\n\n\n\n\n  Imam Masjidil Haram, Sheikh Saud Ash Syarim, syariat Islam dan lain-lain syariat tidak sunyi daripada lima perkara asas yang perlu dijaga dan dipertahankan iaitu agama, jiwa, akal, harta dan kehormatan. \rKatanya, kesempurnaan syariat Islam dalam memelihara lima perkara itu terkadang datang dalam bentuk nas atau dalil  nyata, daripada pandangan ulama atau qias. \r“Kaedah terakhir dalam hal ini ialah konsep menutup pintu untuk menyelamatkan umat dari kehancuran atau konsep keterbukaan jika tiada sebarang risiko kerosakan dalam masyarakat,” katanya. \rBeliau berkata, konsep menutup pintu atau larangan itu atas  dasar mengelak sesuatu yang lebih besar selain menjaga kemaslahatan umum seperti firman Allah melarang umat Islam mencerca penyembahan orang kafir.\r\n\n\n\n\rTujuannya adalah untuk menjaga kesucian nama Allah daripada dicerca  orang lain walaupun cercaan terhadap sembahan selain daripada Allah itu adalah diharuskan.\rSheikh Saud berkata,  larangan Allah kepada orang  beriman supaya menutup serta menjaga pandangan mereka (menutup ruang) walaupun perkara itu diharuskan kerana nikmat penglihatan adalah anugerah Allah.\rBagaimanapun, pandangan lelaki terhadap wanita atau sebaliknya adalah  jalan kepada fitnah dan kerosakan, maka Islam melarang meletakkan pandangan melainkan kepada mereka yang dihalalkan saja. \rFirman Allah  bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad kepada orang  beriman lelaki dan wanita supaya menutup pandangan mereka.” (Surah Nur, ayat 30-31) \rPerkara ini juga dijelaskan melalui hadis Baginda SAW berkaitan melepak di tepi jalan serta melihat orang  lalu lalang sedangkan duduk di sana adalah sesuatu yang diharuskan. \rSabda Baginda SAW bermaksud: “Janganlah kamu melepak di tepi jalan. Lalu jawab sahabat: Bagaimana dengan kelompok perbincangan kami di sana? Jawab Baginda SAW: Jika begitu, hendaklah kamu memberi hak kepada mereka yang menggunakan jalan itu. Sahabat bertanya: Apakah hak mereka wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: \rHendaklah kamu menjaga pandangan, jangan mengganggu, jawab salam, menyeru kepada perkara baik dan mencegah kemungkaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)\rLarangan itu   cara Islam mementingkan prinsip menutup pintu demi keselamatan umum dengan meletakkan  syarat tertentu bagi mencapai konsep keterbukaan.\rDari  pandangan akal,  konsep ini dapat dilihat apabila  ibu melarang anaknya memakan gula-gula bagi memelihara kesihatan gigi walaupun ia bukan kesalahan, tetapi demi kesihatan anaknya.\rBegitu juga ketetapan had laju  kenderaan bagi menyelamatkan pengguna jalan raya,  isyarat lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan, antara contoh prinsip ini dalam kehidupan.  \rDi sinilah  peranan hukum fikah bagi memastikan kehidupan manusia  aman. Keperluan ulama berwibawa menangani isu semasa adalah kemestian kerana mereka yang arif syariat dan ehwal semasa dapat menangani masalah ini.\rPenulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (NSTP)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046931 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list