|
BIMBINGAN bekas qari dan qariah peringkat antarabangsa ternyata memberi kesan kepada Suraya Abu Hassan yang muncul johan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di Kuching, malam Sabtu lalu.\rGuru al-Quran daerah Kota Tinggi, Johor, berusia 29 tahun itu mendapat bimbingan ramai guru termasuk arwah bapa, Abu Hassan Ahmad dan bekas qari tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa dari Pulau Pinang, Saidin Abdul Rahman.\r\n\n\n\n\r Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Suraya mula mendapatkan bimbingan qariah tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 1994, Ummi Kalthom Mohd Zain, selepas mengikut suami berpindah ke Johor beberapa tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Syukur Alhamdulillah, berkat bimbingan ramai guru terutama mereka yang pernah muncul johan tilawah peringkat tertinggi, akhirnya saya berjaya pada percubaan kedua pada peringkat kebangsaan selepas sekadar mendapat sagu hati pada 2006.\r“Saya berjinak-jinak dengan ilmu membaca al-Quran sejak umur sembilan tahun tetapi berhenti apabila berkahwin pada usia 23 tahun. Selepas berpindah ke Johor, minat mendalami ilmu al-Quran saya teruskan.\r“Apabila kembali aktif ini, saya belajar di bawah bimbingan Ummi Kalthom yang mencurahkan ilmunya hingga berjaya menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan. Malah, beliau turut mengiringi saya ke Kuching,” katanya.\rSuraya yang akan mewakili negara pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa bulan depan, berkata beliau akan terus meningkatkan mutu bacaan dengan mendapatkan khidmat beberapa guru al-Quran sekembalinya ke Johor.\r\n\n\n\n\r“Kejayaan yang saya capai ini hasil bimbingan mereka yang lebih berpengalaman dan saya akan terus mendapatkan tunjuk ajar mereka untuk memikul cabaran pada peringkat antarabangsa nanti,” katanya.\rSementara itu, johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, Amirahman Abas, 29, bersyukur kerana percubaan kali keempat akhirnya membawa kejayaan.\rGuru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban itu tidak pernah berputus asa malah tidak berpuas hati apabila sekadar meraih gelaran naib johan pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2007.\r“Tidak sangka pula percubaan kali keempat membawa kejayaan kerana saingan 14 qari lain memang cukup hebat. Kini saya bersedia mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Untuk itu saya akan membuat persediaan rapi dari segi pembacaan, kawalan suara dan taranum,” katanya. \rJohan qari dan qariah membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji serta mewakili Malaysia pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa nanti.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|