SEJAK berita mengenai serangan penggodam ke atas laman web kerajaan disiarkan, beberapa laman web kerajaan sudah digodam atau cuba digodam. Jumlah yang terbabit seperti yang disiarkan oleh pihak yang berkenaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian sewajarnya.\rApa yang mendukacitakan ada laman web kerajaan ditutup bagi mengelak diserang seperti malaysia.gov.my. Tindakan sebegini tidak wajar kerana mendatangkan masalah kepada pelanggan. \r\n\n\n\n \rALI AHMAD ISMAIL,\rKuala Lumpur.