|
MALAM Apresiasi Puisi dan Budaya Tanah Merah bertema Bahasa Jiwa Bangsa akan diadakan di Taman Kemahkotaan Sultan Ismail Petra, Tanah Merah, pada 1 Julai ini, jam 8.45 malam.\rKetua Unit Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Sharrul Rizal Hashim, berkata acara itu bersempena sambutan ulang tahun DBP dan bertujuan menyatukan semangat serta suara masyarakat di negeri itu.\r\n\n\n\n\r“Persembahan pada malam puisi itu membabitkan deklamasi puisi, persembahan budaya dan tradisional, nyanyian serta sketsa. Setiap peserta dengan latar berbeza akan membuat persembahan dalam bahasa Melayu sebagai wadah pembentukan dan generasi Malaysia yang bersatu padu,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, antara deklamator undangan yang akan membaca puisi ialah Abdul Hadi Yusoff, Norzailani Mohd Nuzi dan Aminuddin Mamat, selain dimeriahkan dengan persembahan lagu daerah oleh Megat Nordin, sketsa Jali & Che Awe (Salam Pantai Timur) dan persembahan dikir barat. \rMaklumlat lanjut hubungi Sharrul Rizal di talian 09-7414906 atau e-mel [email protected].\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|