CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Rasuah musnahkan sukan bola sepak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SUKAN bola sepak menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat di serata dunia secara umumnya dan di Malaysia secara khususnya. Kalau dulu, peminat sukan ini majoritinya adalah kaum Adam,  kini kaum Hawa juga tidak ketinggalan menjadi peminat fanatik kepada sukan kegilaan semua bangsa tanpa mengira sempadan mahu pun warna kulit. \rPiala Dunia 2010 yang dianjurkan di Afrika memberikan FIFA perolehan AS$3.64 bilion atau RM11.04 bilion. Jumlah ini tidak termasuk kesan limpahan kepada industri lain seperti industri makanan, cenderahati dan lain-lain.\r\n\n\n\n\r Ini jelas menunjukkan industri bola sepak adalah sangat lumayan dan berpotensi menjana keuntungan kepada setiap lapisan masyarakat. Negara penganjur bakal mendapat pembiayaan daripada penganjur dan penaja, syarikat besar dapat menjual produk mereka, peniaga kecil dan orang perseorangan dapat menjual cenderahati, pelbagai jenis barang keperluan dan juga makanan dan minuman untuk dinikmati ketika perlawanan dianjurkan. \r\r\n\n\n\n\nNamun, rasuah  boleh muncul  dalam bentuk mengatur perlawanan melalui sogokan kepada pemain tertentu. Terbaru, dilaporkan bahawa seorang ahli perniagaan menyogok RM1,200 kepada enam pemain bola sepak Terengganu bagi mengatur perlawanan menentang Selangor pada Mac tahun lalu.\rIsu-isu sebegini  menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak tidur malam  menangani gejala tidak bermoral ini  demi menjaga imej industri bola sepak di Malaysia. Pada peringkat antarabangsa,  rasuah di dalam industri ini adalah lebih parah apabila calon Presiden FIFA, Mohammad Hammam dituduh memberi rasuah bagi memenangi pemilihan jawatan itu. \rSiapakah yang  menanggung bahana daripada aktiviti keji ini? Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang diminati bertanding. \rSudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur dan prihatin kepada sukan bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekiranya keprihatinan mereka tidak diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi mundur seperti mana yang terjadi pada 1990-an.\r\n\n\n\n\rPenganjur akan kehilangan peluang menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengang seolah-olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan.\rIslam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain ke atas diri mereka. Juga, penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan hasrat mendapat publisiti meluas mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas berlangsungnya pertandingan bola sepak.\rSekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja dan kerajaan  telah dirampas oleh pemberi dan penerima rasuah. Ini  satu jenayah di sisi Islam dan mereka harus bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah dilakukan.\rPROF MADYA DR ZULKARNAIN MUHAMAD SORI,Universiti Putra Malaysia, Serdang.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 1.198334 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list