CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Mewah Bahasa: Banyak Yang kacak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
ROS bercuti ke Sarawak dan menginap di rumah Lia yang juga kenalan facebooknya.\rLia: Macam mana perjalanan tadi? Seronok naik belon?\r\n\n\n\n\rRos: Ok semua, tak ada delay … tapi saya tak naik belon.\r\r\n\n\n\n\nLia: Habis, kitak naik apa?? Kapal laut?! Saya rasa tak ada lagi perkhidmatan kapal laut penumpang antara Semenanjung dengan Sarawak sekarang ni.\rRos: Hahaha ... kalau naik kapal laut, berapa hari pulak baru sampai?\rLia: Kalau dulu memang ada, Feri Malaysia namanya ... kinektok sik ada lagi, semua naik belon.\rRos: Tak lah, … naik kapal terbanglah!!\r\n\n\n\n\rLia: Kapal terbanglah tu ... orang sini panggil belon!\rRos: Hehehe …. Saja je, sebenarnya saya tau!\rLia: Pandai gak cakap Sarawak ye?!\rRos: Sikit-sikit …. Belajar sikit-sikit sebab nak datang sini. Hehehehehe ….\rLia: Eh! Ros masih penat ni, rehatlah dulu …. Nanti petang saya bawak jalan kat Water Front.\rRos: Ok gak tu … tapi macam mana program percutian saya ni? Saya tak rancang lagi nak gi mana kat Sarawak ni.\rLia: Tak pa, malam nanti kita bincang program untuk esok dan tiga hari seterusnya. Yang tentu Water Front kena pegi … petang ni kita pergi sinun!!\rRos: Apa yang istimewa sangat Water Front tu?? Semua orang yang melawat ke Kuching ni mesti cerita pasal pergi sana.\rLia: Kat sinun kitak boleh tengok sungai, ada dataran tepi sungai tu dan kadang-kadang ada pertunjukan. Ada bot untuk menyusur sungai juga.\rRos: Tengok sungai aje?! Rumah saya kat Kuantan pun tepi sungai juga ....\rLia: Tapi …. Yang orang Semenanjung paling suka ialah kedai yang dekat seberang jalan tu … ada banyak kedai yang jual hasil kraftangan. Banyak orang jual tikar Sarawak … sitok paling popularlah! Itu sebenarnya yang jadi tumpuan orang perempuan dari Semenanjung … sebab kacak-kacak!! Ada yang ambil mpat, lima setiap sorang!!\rRos: Kacak?!\rLia: A’ haa … kacak, kacak gilak!! Kalu Ros tengok nanti mesti berkenan punyalah, saya jamin!! Silap-silap Ros pun akan sambar mpat, lima … murah-murah!!\rRos: Isy!! Saya bukan jenis tu laa ….\rLia: Kenapa? Awak tak suka ke? Semua orang perempuan dari Semenanjung suka tau! Kelek kiri kanan setiap sorang. Dah kacak, murah pulak tu ... siapa boleh tahan!!\rRos: Lia, awak jangan nak buat fitnah pulak, jangan nak memburukkan nama orang Semenanjung … nak burukkan nama wanita Semenanjung!! Memang ada segelintir jenis tu … tapi yang lain tak!!\rLia: Fitnah apa pulak? Memang hampir semua macam tu. Bukan burukkan orang Semenanjung … Baguslah macam tu, bertambah pendapatan orang sitok!! Dapat menjana ekonomi negeri lagi ….\rRos: Sumber pendapatan negeri?! Isy!! Seram saya dengar … teruk betul orang sini!! Tak ada ke sumber pendapatan lain yang halal?\rLia: Halal le tu … apasal tak halal pulak?\rRos: Halal? Niaga macam tu awak kata halal? Dahlah pendapatan tak halal … tak bermoral pulak tu!!\rLia: Heh!! Kenapa pulak awak kata niaga barang kraft tangan tak bermoral? Tak halal?\rRos: Niaga kraft tangan memanglah halal …. Tapi perniagaan yang awak cakap tadi tu tak bermoral!!\rLia: Kat situ orang berniaga kraft tangan aje … tak ada aktiviti tak bermoral pun!\rRos: Yang lelaki kacak cari pelanggan perempuan Semenanjung tu awak kata bermoral?? Gigolo tu … pelacur!!\rLia: Sik ada … tidak ada! Tak ada gigolo kat sinun!! Astaghfirullah  … kat sinun jual kraft tangan dan barang antik ja. Yang paling orang Semenanjung suka selalunya tikar Sarawak!!\rRos: Yang awak kata perempuan suka ambil yang kacak tadi tu .…\rLia: Ya la ... semua orang suka yang kacak … kalau tak kacak sapa yang mau!!\rRos: Lelaki ke?\rLia: Ya Rabbi!! ... bukan lelaki, tapi tikar Sarawaklah!! Tikar rotan kat sinun kacak-kacak … awak mesti suka punya!!\rRos: Laa … yang kacak tu tikar ke?? Saya ingatkan orang lelaki! Saya sangka kat situ ada ramai gigolo yang kacak! Hehehe ….\rLia: Hihihihi … tikar, tikar rotan! saya lupa awak orang Semenanjung, orang Semenanjung kata cantik, bukan kacak! Hehehe ... orang Sarawak ni semua benda cantik dipanggil kacak. Empat hari kat Sarawak ni, awak boleh belajar bahasa Sarawak, banyak juga yang tak sama dengan Semenanjung. Taklah salah faham lagi ….\rRos: Hehehhe … betul, betul, betul ….\rGlossari: Bahasa Melayu Sarawak\rKacak            -      cantik\rSinun            -       sana\rSitok              -      sini\rBelon             -     kapal terbang\rSik                  -     tidak/tak\rKinektok        -     sekarang

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.054965 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list