View: 143|Reply: 0
|
Pemain, pegawai dua kelab Liga-S didenda
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Pemain dan pegawai dua kelab bola sepak Singapura dikenakan penggantungan dan denda atas ‘tindakan ganas dan memalukan’ dalam satu perlawanan bola sepak Liga-S, Mei lalu.\rPergaduhan sebelum perlawanan antara juara Singapura, Etoile FC dan Hougang United tercetus 23 Mei lalu tatkala kedua-dua pasukan sedang memanas badan di Stadium Hougang. Empat orang terpaksa dirawat di hospital kerana kecederaan ringan.\r\n\n\n\n\r Dua pemain Etoile digantung daripada semua kejohanan berkuat kuasa sejak insiden itu manakala seorang pemain dan pegawai Hougang United turut menerima hukuman sama.\r\r\n\n\n\n\n Kedua-dua kelab dipotong lima mata dan didenda S$10,000 (RM24,000), yang mana S$5,000 (RM12,000) ditangguhkan sehingga hujung 2011.\r“Kedua-dua kelab terbabit dalam aktiviti keganasan bola sepak, ia melambangkan sikap memalukan dan tidak profesional,” kata pengerusi jawatankuasa disiplin, K Bala Chandran dalam satu kenyataan.\r“Kami membuat keputusan ini berdasarkan fakta dan siasatan.” Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|