CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

GLC jadi juara dunia

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peranan dunia korporat ubah syarikat terus kukuhMENJADI juara dunia, penjenamaan semula dan meningkatkan lagi tahap ketelusan bagi memperbaiki persepsi orang ramai adalah cabaran berikutnya yang bakal dilalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas kejayaannya melaksanakan transformasi sejak tujuh tahun lalu.\rKetua Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, berkata GLC memainkan peranan penting dalam dunia korporat Malaysia yang mana langkah telah diambilnya sebelum ini berjaya merubah GLC menjadi syarikat kukuh dan dihormati dengan mewujudkan ramai profesional serta peluang pekerjaan.\r\n\n\n\n\r   Bagaimanapun, kata beliau, selepas tujuh tahun, GLC yang adalah sebahagian penting dalam pembangunan negara, perlu memasuki fasa berikutnya dengan berhadapan cabaran yang lebih mencabar.\r\r\n\n\n\n\n   “Kita tidak dapat melihat Korea Selatan seperti hari ini jika tiada syarikat seperti Hyundai, Samsung dan Kia sebagai tonggak kepada kejayaan ekonominya.\r“Begitu juga dengan Malaysia, untuk mencapai aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020, GLC selaku tonggak pembangunan negara, perlu berubah menjadi juara pada peringkat dunia,\" kata beliau pada sesi dialog di majlis Rumah Terbuka GLC di Kuala Lumpur, semalam.\rForum Perdana bertajuk ‘GLC - Apa Berikutnya?’ membincangkan evolusi GLC untuk tempoh seterusnya dengan persoalan berikutnya, apakah bentuk, entiti, dan peranan yang akan dimainkan GLC pada masa depan.\rAhli panel lain terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak; Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin; dan Ketua Eksekutif, Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Sri Abdul Wahid Omar.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Azlan Zainol bertindak sebagai moderator.\rNazir berpendapat, perubahan dalam amalan kerajaan adalah perlu bagi memastikan kelancaran transformasi GLC peringkat berikutnya, manakala Abdul Wahid pula berpandangan bahawa GLC perlu melaksanakan penjenamaan semula bagi mengubah persepsi orang awam terhadap GLC.\r“Masih terdapat tanggapan negatif terhadap GLC dan saya berpendapat GLC perlu melalui penjenamaan semula sebagai korporat nasional,” katanya.\rSementara itu, Mahani yakin dengan meningkatkan ketelusan, persepsi negatif terhadap GLC akan dapat diperbaiki.\rDitanya sama ada pemilihan kerajaan yang betul penting dalam menjamin kejayaan Malaysia mencapai wawasan 2020, ahli panel sebulat suara berpendapat ia penting dalam memastikan kejayaan aspirasi negara.\rProgram Rumah Terbuka GLC yang pertama kali diadakan sejak program tranformasi dilancarkan pada 2004 membabitkan lima syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan 18 GLC utama negara.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.096559 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list