CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia meningkat

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasaran naik selepas Eropah setuju selesai hutang GreeceSAHAM Asia meningkat semalam selepas Eropah mencapai persetujuan  membantu menyelesaikan masalah hutang Greece, manakala harga minyak susut selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memutuskan untuk mengeluar berjuta-juta tong simpanan minyak mentah ke pasaran.\rGreece, Kesatuan Eropah dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) bersetuju mengenai rancangan menyelamat berjumlah 28 bilion euro, yang mana perlu dilaksanakan Athens dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha memperoleh tunai bagi membayar hutangnya.  \r\n\n\n\n\r  Suruhanjaya Eropah berkata, perjanjian di kalangan penyokong antarabangsa mengenai persetujuan itu perlu diterjemahkan  dalam langkah konkrit perundangan oleh Greece.\r\r\n\n\n\n\n  Saham Tokyo meningkat 0.85 peratus, atau 81.87 mata kepada 9,678.71, Sydney naik 0.17 peratus atau 7.6 mata kepada 4,508.1 dan Seoul bertambah 1.70 peratus atau 34.95 mata kepada 2,090.81.\rHong Kong  menokok 1.63 peratus dan Shanghai naik 2.08 peratus. \rBagaimanapun syarikat tenaga mengalami tekanan selepas IEA berkata ia akan mengeluarkan 60 juta tong minyak mentah daripada rizab strategik negara anggota bulan depan, yang menyebabkan kejatuhan besar  harga minyak. \rDi Asia, saham Tokyo terus berada dalam wilayah positif susulan tinjauan korporat  lebih meyakinkan melihat kepada pemulihan daripada bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu. \rNissan berkata, ia menjangkakan kejatuhan 15 peratus bagi keuntungan bersih tahunannya  tahun ini hingga Mac 2012, tetapi jualan globalnya meningkat 9.9 peratus untuk mencatat 4.6 juta unit pengeluaran pada Oktober.   \rBagi saham Asia lain, Taipei susut 0.40 peratus, atau 34.45 mata kepada 8,532.83. Sementara   Hon Hai pula jatuh 0.51 peratus pada Tw$97.6 manakala TSMC susut 0.18 peratus kepada Tw$72.9.\rSaham Manila  naik 1.66 peratus, atau 70.30 mata kepada 4,291.44.\rPhilex Mining naik 9.4 peratus pada 23.30 pesos dan DMCI Holdings menambah 3.0 peratus kepada 43.20 pesos dan Metropolitan Bank susut 0.3 peratus kepada 69.15 pesos.\rSaham Wellington menyusut 0.18 peratus atau 6.14 mata kepada 3,455.66. –  AFP \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list